Jangan Salah Erti

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

yusliza@hmetro.com.my , 23 Jun 2011

KUALA LUMPUR: Pemberian insentif kepada suami yang berpoligami tidak boleh disalah erti sebagai bentuk dorongan supaya lelaki mengamalkan budaya poligami di negara ini. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris, berkata golongan terbabit digesa tidak mengambil kesempatan terhadap inisiatif itu tanpa mengambil kira syarat yang digariskan dalam Islam untuk berpoligami. “Sebaliknya, lelaki yang berpoligami perlu menjalankan tanggungjawab dengan adil dan memenuhi kriteria akhlak dalam menjaga hak semua isteri. “Ini supaya amalan poligami yang sebenarnya suatu perkara yang diizinkan agama tidak dilihat sebagai amalan yang menzalimi wanita yang boleh memburukkan imej Islam dengan perbuatan sesetengah lelaki yang tidak ikhlas dalam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Teruskan membaca

NGO gesa kaji menyeluruh isu murtad

Norsyafinas Ahmad Sukri

16 Jun 2011

Pelbagai NGO Islam mahukan kerajaan membuat kajian terperinci terhadap punca sebenar fenomena murtad di negara ini. Menurut mereka, tanpa mengetahui punca sebenarnya, gelaja itu tidak akan dapat ditangani dengan berkesan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) beranggapan stastistik baru yang didedahkan di parlimen kelmarin merupakan petunjuk bahawa kajian menyeluruh perlu dilakukan. “Saya ingat (kita) perlu menjalankan kajian yang terperinci punca (orang Islam) keluar dari agama Islam, sebab kita tidak tahu lagi apakah yang menyebabkan mereka berbuat demikian,” kata Presiden ABIM, Dr Muhd Razak Idris.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010. Laporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di parlimen yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah berjumlah 863 kes dan sebanyak 168 kes diluluskan. 

Teruskan membaca

Karikatur: Utusan perlu mohon maaf kepada umat Islam, kata Abim

Oleh Syed Mu’az Syed PutraJune 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dalam akhbar milik Umno itu, yang didakwa menghina Islam. Presidennya Dr Muhd Razak Idris menegaskan karikatur itu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam mengandungi unsur-unsur yang menghina perundangan Islam.

 “Dalam hal ini, kita mahu Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam di atas penyiaran karikatur yang kalau kita lihat mengandungi unsur-unsur kejahilan terhadap perundangan Islam dan hukum syariat. “Ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat dan tidak juga harus dilakukan oleh organisasi media yang memperjuangkan Melayu dan Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider. Selain itu, jelas beliau, pelukis karikatur ini seolah-olah jahil tentang Islam dan perlu bertaubat selain berjanji tidak akan mengulangi perkara sama.

Teruskan membaca

KREATIVITI MESTI BERTERASKAN PRINSIP TAUHID DAN AKHLAK

Oleh Muhamad Razak Idris

Tersiar di Berita Harian, 16 Jun 2011, Khamis.

Berbudaya kreatif ialah sebahagian dari ajaran Islam. Oleh kerana itu, banyak ayat al-Quran yang menyeru dan mengajak umat manusia supaya memanafaatkan daya fikir dan kuasa akal yang dikurnia Allah bagi meneliti dan mempelajari hikmah tersirat dari seluruh kejadian alam dan kehidupan ini. Tentu menerusi penelitian ini akan menimbulkan fikiran-fikiran baru yang bersifat kreatif untuk memenuhi keperluan hidup manusia di dalam segala bidang kehidupan mereka di muka bumi.

Bagi memastikan budaya hidup kreatif menjadi satu bentuk ibadah, ia harus direalisasikan secara bersungguh-sungguh dan mesti berada di dalam kerangka ajaran tauhid dan batasan tatasusila luhur berpandukan prinsip akhlak Islamiyyah. Ia bermaksud, daya usaha kreatif harus mendorong kepada penemuan keangungan Ilahi dan menggalakkan setiap individu ke arah pembangunan martabat diri berteraskan nilai akal budi yang tinggi. Kreativiti yang terhasil di dalam apa juga ruang kehidupan yang memenuhi maksud dan cita-cita ini adalah satu bentuk amal ibadah dan sebahagian dari amal saleh yang akan dihitung sebagai satu sumbangan jariah kita sebagai seorang Muslim di hari akhirat kelak. Manakala, sebarang bentuk kreativiti yang melanggari prinsip tauhid dan batasan akhlak hendaklah ditolak kerana ia bukan sebuah ibadah. Kreativiti bersifat sebegini adalah sebuah amal buruk yang menyalahi ajaran mulia agama Islam.

Teruskan membaca

MENANGANI LIBERALISASI BUDAYA

Oleh Muhamad Razak Idris

Negara kita sedang berhadapan dengan cabaran liberalisasi budaya. Cabaran ini antara lain disebabkan oleh berkembangnya era masyarakat terbuka pada hari ini. Di era ini, peralihan budaya terjadi begitu mudah dan tanpa batasan. Teknologi komunikasi dan media menjadi menjadi penyalur dan penyebar pelbagai budaya dunia ke dalam kehidupan kita tanpa henti. Proses peralihan budaya ini menjadikan kita seolah seperti sangat terbiasa dengan pelbagai budaya yang sebelumnya adalah suatu yang bersifat terlalu asing.

Malah kedapatan sesetengah kebudayaan yang bersifat asing ini seolah telah mula menjadi sebahagian dari sifat atau identiti budaya kita. Begitulah realiti kebudayaan yang sedang berkembang di negara kita hari ini. Proses liberaliasi budaya telah membawa suatu peralihan budaya dari luar secara berleluasa sekali. Keadan ini boleh diperhatikan dengan amat jelas sekali di dalam pelbagai kegiatan budaya di negara kita sejak akhir-akhir ini. Kegiatan budaya terutama dalam bidang seni hiburan, lakonan dan peragaan yang berkembang dengan amat pesat di negara kita hari ini jelas sekali memperlihatkan perkembangan liberalisasi budaya yang amat meluas.

Teruskan membaca