Jangan perlekeh jasa bapa

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

21 Jun 2010

 KUALA LUMPUR: Seorang bapa mempunyai darjat tinggi dalam keluarga dan lelaki yang tugasnya mencari nafkah serta membahagiakan anak isteri tidak seharusnya diperlekehkan begitu saja, sebaliknya wajar diberi penghormatan.

Meskipun ibu lebih dimuliakan selaras sabda Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki ibu, bapa juga perlu diangkat seumpamanya kerana peranan dimainkan selaku ketua dan pemimpin dalam keluarga.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris, berkata generasi Islam masa kini seharusnya mengambil kira perkara berkenaan sebagai asas utama menjadi seorang anak yang baik dan menghormati kedua-dua orang tuanya.

Teruskan membaca

MEMBINA BELIA KREATIF DAN INOVATIF

Oleh Muhamad Razak Idris

(Tersiar di Berita Harian, 26 Mei 2010, Rabu)

TEMA sambutan Hari Belia baru-baru ini menjurus ke arah pemupukan belia yang kreatif sebagai asas memacu pertumbuhan negara. Seruan ini amat bertepatan kerana belia hari ini sedang berdepan pelbagai cabaran pada era peralihan zaman.

Antara cabaran utama di zaman ini yang perlu ditangani belia ialah realiti persaingan terbuka di dalam segenap aspek kehidupan. Realiti ini digerakkan oleh perubahan zaman yang sering dikenali sebagai globalisasi. Persaingan pada hari ini tidak lagi bersifat setempat atau di dalam sempadan negara, tetapi persaingan bercorak global. Kita sedang bersaing dengan seluruh warga dunia.

//

Menyedari akan realiti zaman ialah satu syarat asas kepada belia hari ini. Hal ini penting bagi memastikan kerangka pemikiran belia sejajar dengan keadaan perubahan persekitaran yang terjadi. Menerusi kerangka pemikiran yang ‘realistik’, maka belia akan berupaya mengerti cabaran sezaman yang perlu ditempuh dan ditangani.

Teruskan membaca