Kekuatan Ummah Terzahir di Bumi Makkah

Oleh Muhamad Razak Idris

 

Himpunan umat Islam di Makkah bersempena musim ibadah haji jelas menzahirkan dua kekuatan utama ummah. Pertama, kekuatan kerohanian. Perjalanan umat Islam menunaikan ibadah haji setiap tahun di Makkah tidak akan dapat disempurnakan tanpa dorongan kerohanian jiwa yang kental dari dalam jiwa dan sanubari setiap individu Muslim. Himpunan jutaan umat Islam di Makkah menzahirkan betapa kekuatan rohani amat kukuh dan utuh dalam kehidupan umat Islam. 

 

Kekuatan rohani ini ternyata melebar dan meluas di seluruh pelusuk dunia ini. Jutaan umat Islam yang berada di Makkah kini adalah berasal dari ratusan bangsa dan keturunan yang menetap di pelbagai daerah di dunia ini. Kehadiran mereka ke Makkah tanpa ditaja. Kekuatan rohani yang dimiliki umat Islam mendorong mereka mengorbankan waktu, tenaga dan harta yang dimiliki demi memenuhi matlamat kerohanian yang diyakini. Perjalanan rohani umat Islam ke Makkah adalah semata-mata bertujuan untuk taqarrub ilallah iaitu mendekatkan diri dengan Allah SWT. Dasar dan matlamat kerohanian yang tersemat dalam hati dan sanubari jiwa setiap Muslim yang mendorong dan mengarahkan mereka berkorban seluruh jiwa dan harta demi memperoleh keredaan Penciptanya. 

Teruskan membaca

Muhasabah Perpaduan Ummah di Musim Haji

Oleh Muhamad Razak Idris

Konsep perpaduan merupakan salah satu dari ajaran teras agama Islam. Dalam al-Quran, Allah SWT menyeru umat Islam supaya bersatu padu dengan berpegang teguh pada ‘tali Allah’ iaitu prinsip-prinsip kebenaran Islam dan mengingatkan mereka supaya jangan berpecah  belah sama sekali (Ali-Imran :103). Firman Allah ini adalah penegasan Ilahi terhadap umat Islam tentang kepentingan perpaduan di kalangan ummah demi memastikan ketahanan dan kemajuam mereka di pentas sejarah kemanusiaan.

Kepentingan perpaduan diterapkan oleh agama Islam menerusi banyak amalan ibadah samada yang bebentuk fardu atau sunat. Ibadah solat berjemaah misalnya ialah salah satu bentuk penterjemahan konsep perpaduan yang amat jelas. Setiap umat Islam amat digalakkan untuk menjalankan fardu solat harian secara berjemaah. Pertemuan harian sesama umat Islam merupakan satu bentuk penerapan nilai-nilai silaturahim, persefahaman, ukhwah dan kerjasama yang akan membawa kepada penghayatan konsep perpaduan sesama umat Islam.

Teruskan membaca

JANGAN GOPOH TUNTUT JANJI

Oleh Muhamad Razak Idris

Kerajaan baru berhak diberikan ruang dan peluang menyusun dan merencana perancangan dan tindakan terbaik dalam memenuhi janji-janji yang telah digariskan dalam manifesto pilihanraya lalu. Sebagai rakyat yang rasional, kita tentu mudah memahami liku dan halangan dalam menguruskan sebuah pemerintahan yang besar dan rumit. Desakan keterlaluan dalam menuntut janji bukan satu tindakan yang sesuai dan wajar. Kita sebagai rakyat hendaklah tidak gopoh membuat desakan dan tuntutan dari kerajaan yang baru sahaja dilantik.

Namun, ini tidak bermakna rakyat hanya perlu senyap dan tidak terlibat memberi ingatan kepada kerajaan tentang janji-janji yang telah dirancang untuk dijayakan sepanjang pemerintahannya. Rakyat mempunyai peranan khusus dalam aspek ini dan ia boleh diterjemahkan menerusi tulisan atau ucapan di forum-forum tertentu secara terbuka dan hikmah. Dalam masa yang sama, rakyat juga hendaklah bersedia mendengar alasan-alasan yang dikemukakan kerajaan dalam menjustifikasikan sebarang langkah, penangguhan atau perberhentian sesuatu janji yang diiltizamkan. Proses dialog terbuka secara rasional antara rakyat dan pemerintah dalam perkara ini amat penting dan membantu dalam mengukuhkan sistem pemerintahan baru yang sedang berjalan kini. Manakala kerajaan pula hendaklah membuka ruang seluasnya kepada rakyat menyatakan sikap dan pendiriannya dalam kaedah yang dibenarkan oleh perundangan negara.

Teruskan membaca

PENTADBIRAN ISLAM PELIHARA MASLAHAH UMMAH 

Oleh Muhamad Razak Idris

Majoriti umat Islam yakin peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus mendapat kedudukan dan peranan penting dalam sistem pentadbiran kerajaan baru di negara ini. Keputusan kerajaan menubuhkan satu kumpulan perunding dari kalangan para pentadbir dan sarjana Islam bertujuan menilai dan mempertimbang kedudukan institusi Islam terutama JAKIM suatu yang wajar dialukan. Objektif penubuhan kumpulan ini tentu bukan berobjektifkan bagi mencari kesalahan JAKIM atau membubarkannya, tetapi tertumpu kepada mencari pemikiran terbaik ke arah meningkatkan dan memperkasakan lagi fungsi JAKIM secara khusus sebagai antara institusi pentadbiran Islam yang berwibawa dan dihormati di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sebagai salah satu institusi penting pembangunan negara, peranan JAKIM sebagai badan penyelaras pembangunan agama dan kemajuan ummah amat penting dan besar sekali. Malah, peranan dimainkan JAKIM begitu dituntut bagi menangani realiti struktur kuasa pentadbiran Islam yang bersifat majmuk di negara ini. Kuasa pentadbiran Islam di negara tidak berpusat kerana setiap negeri di Malaysia mempunyai hak perundangan tersendiri dalam urusan pentadbiran hal ehwal Islam. Realiti ini memberikan kelebihan tersendiri terutamanya ia membuka banyak ruang kreativiti dan inovasi dalam pemerkasaan pentadbiran Islam dan pembangunan ummah di setiap negeri.

Teruskan membaca