Kutuk Budaya Sebar Bahan Tidak Berakhlak.

Disiarkan di Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.

“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Teruskan membaca

Ibubapa Benteng Ketahanan Sosial

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiarkan di Berita Harian, 5 April 2011, Selasa.

BANYAK resolusi dimuafakati bersama wakil dari agensi kerajaan, pertubuhan sukarela Islam dan peserta Wacana Khas Gejala Sosial: Isu Anak Tak Sah Taraf – Punca dan Penyelesaian anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), baru-baru ini. Wacana ini dikelolakan sebagai reaksi terhadap laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana anak tidak sah taraf yang didaftarkan sehingga 2010 berjumlah 234,647 orang. Daripada jumlah ini, 80,979 atau 34.5 peratus adalah bayi yang ibu kandungnya beragama Islam.

Antara resolusi menarik yang perlu diketengahkan ialah seruan kepada kepentingan pembangunan kepemimpinan rumah tangga sebagai satu daripada jalan penyelesaian terhadap gejala anak tidak sah taraf yang sedang berkembang di negara kita hari ini. Tumpuan khusus dalam aspek ini ialah tuntutan untuk kita mengukuhkan kepemimpinan bapa atau golongan lelaki dalam keluarga dan masyarakat. Aspek ini perlu dikongsikan kepada semua kerana beberapa faktor.

Teruskan membaca

Isu Anak Tidak Sah Taraf: Bersama Membina Kualiti Sosial Yang Mampan

Berikut ialah Resolusi Wacana Khas Gejala Sosial di Malaysia: Isu Anak Tak Sah Taraf – Punca dan Penyelesaian, anjuran ABIM pada 30 Mac 2011, Rabu di Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam, Gombak Selangor.

Atas kesedaran peningkatan jumlah anak tidak sah taraf yang amat merisaukan, ABIM, institusi-institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan telah duduk bersama bagi membincangkan masalah kewujudan anak tidak sah taraf yang semakin berleluasa dalam masyarakat dalam memahami isu ini, maka beberapa aspek telah disimpulkan untuk penyelesaian masalah tersebut, antaranya :

PENDIDIKAN

 1. Keperluan bagi setiap ibu bapa dan sekolah untuk memiliki Akta Kanak-Kanak 2001 dan Convention on the Rights of Children (CRC) untuk lebih memahami realiti, hak dan perundangan kanak-kanak.

2. Pendidikan spiritual harus ditekankan sebagai teras kepada pendidikan utama dalam masyarakat.

3. Memperkasakan pendidikan golongan lelaki sejak usia kanak-kanak yang biasa dikaitkan sebagai pemangsa dalam menyedarkan mereka sebagai golongan yang memegang amanah dan tanggungjawab yang besar khususnya dalam melindungi pihak wanita yang biasa dikaitkan sebagai mangsa.

Teruskan membaca