DIALOG ANTARA AGAMA

Oleh Muhamad Razak Idris

Tersiar di Berita Harian: 26 Januari 2010

RAMAI di kalangan pemimpin dan pemikir masyarakat mahukan supaya dianjur dialog antara agama sebagai satu jalan penyelesaian bagi menjamin keharmonian beragama di negara kita. Seruan ini adalah antara satu bentuk jalan pelerai bagi menangani sebarang pertembungan di dalam persoalan agama seperti tergambar menerusi debat isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini.

Dialog antara agama dilihat sebagai satu tuntutan utama pada masa kini kerana kepentingannya yang tersendiri. Di samping bertujuan sebagai jalan pelerai terhadap sebarang bentuk pertembungan, tujuan besar lain daripada kegiatan dialog ialah bagi menggembleng seluruh kekuatan yang berunsurkan keagamaan di dalam satu bentuk pergerakan yang seiring dan terarah.

Teruskan membaca

MENANGANI PSIKOLOGI MINDA TERANCAM

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiarkan di Berita Harian, 12 Januari 2010

Tujuh perkara asas bentuk keharmonian, kerukunan masyarakat majmuk Malaysia

DI dalam penelusuran terhadap beberapa isu yang berkembang di sekitar masyarakat Melayu di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya mengesan kewujudan satu fenomena psikologi yang dialami masyarakat yang boleh kita namakannya sebagai ‘minda terancam’.

Psikologi ini adalah suatu perasaan yang terbentuk di dalam ruang berfikir masyarakat, mengandungi rasa bimbang dan takut terhadap keadaan masyarakatnya dan nasib jati dirinya pada masa depan. Dalam kata lain, psikologi minda masyarakat Melayu hari ini seperti berada di dalam satu perasaan yang mengatakan masa depan kehidupan mereka di negara ini dalam keadaan terancam.

Adakah psikologi minda ini benar-benar wujud? Sekiranya ia benar wujud, saya berpandangan, kemunculannya didorong oleh dua faktor. Pertama, disebabkan oleh rentetan asakan terhadap minda masyarakat yang terjadi dengan agak berpanjangan. Di dalam kebanyakan asakan ini mengandungi unsur nilai yang dilihat bertentangan dengan pegangan dan amalan kebiasaan yang dilalui sejak berzaman. Asakan ini pula terjadi di dalam banyak aspek kehidupan mereka meliputi hal-ehwal sosial, politik, kebudayaan serta agama dan ia berlaku secara berpanjangan.

Teruskan membaca