ABIM syor belia 21 tahun ke atas wajib mengundi

Tarikh: 18 November 2010

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan kerajaan mewajibkan semua rakyat berusia 21 tahun ke atas mengundi bagi mengelakkan sikap endah tidak endah rakyat terutama golongan muda terhadap tanggungjawab sebagai pengundi. Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris, berkata, pihaknya yakin langkah itu berkesan memandangkan ia sudah diamalkan negara luar, termasuk di Australia yang memberikan surat amaran atau denda kepada rakyatnya yang ingkar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

 “Kita juga lihat pendekatan ini (mewajibkan) adalah jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kita akui sikap rakyat ini, selagi ia tidak diwajibkan, selagi itulah mereka bersikap sambil lewa mengenainya… sampai bila-bila pun masalah ini tidak dapat diselesaikan. Jadi, kita berharap kerajaan mewujudkan satu akta yang mewajibkan mereka untuk mengundi.

Teruskan membaca

PERUTUSAN AIDILADHA ABIM

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd.

Tahmid kesyukuran ini melambangkan kerendahan hati manusia di dalam mengabdikan diri setulus-tulusnya terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya, Aidil Adha mempunyai pengajaran yang amat besar kepada kehidupan kita sebagai seseorang Muslim dan umat Islam. Dalam hubungan ini, antara pengajaran terbesar sekali ialah tentunya tentang semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di dalam menyempurnakan perintah Allah. Pengorbanan baginda mereka di dalam menjunjung perintah Allah adalah lambang kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.

Penghayatan serta kefahaman terhadap pengorbanan yang dilakukan baginda seharusnya diinsafi serta dihayati oleh seluruh umat Islam, terutama di kalangan para belia. Selaku kelompok teras masyarakat, para belia mempunyai kekuatan untuk memainkan peranan sebagai agen perubah yang positif terhadap persekitaran mereka.

Teruskan membaca

PENGLIBATAN ABIM MENGURUS PERBEZAAN PENDAPAT DI KALANGAN GERAKAN ISLAM HARI INI

Oleh Muhamad Razak Idris

(Kertas kerja dibentang di Wacana Pengurusan Adab al-Ikhtilaf anjuran UKM-KUIS pada 8 November 2010 di KUIS).

1.0 Pengenalan

Fenomena al-sahwah al-Islamiyyah atau gelombang kebangkitan Islam di era semasa hari ini dapat dikenalpasti menerusi banyak tanda. Antara tanda tersebut ialah kemunculan pergerakan dan pertubuhan Islam yang pelbagai di seluruh dunia Islam. Kemunculan ini didorong oleh kesedaran masyarakat Islam akan keperluan dan kepentingan kepada satu dayausaha yang tersusun secara berkumpulan bagi menyumbang kepada pembangunan ummah dan menangani cabaran rencam dunia moden yang berkembang.

Di negara kita Malaysia, tanda-tanda fenomena al-shahwah al-Islamiyyah juga dapat dikesan menerusi pertumbuhan beberapa pergerakan dan pertubuhan Islam. Dalam konteks perbincangan akademik semasa, pertubuhan yang sering menjadi bahan rujukan dan perbahasan ialah Parti Islam Semalaysia (PAS), Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Teruskan membaca