Jangan Salah Erti

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

yusliza@hmetro.com.my , 23 Jun 2011

KUALA LUMPUR: Pemberian insentif kepada suami yang berpoligami tidak boleh disalah erti sebagai bentuk dorongan supaya lelaki mengamalkan budaya poligami di negara ini. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris, berkata golongan terbabit digesa tidak mengambil kesempatan terhadap inisiatif itu tanpa mengambil kira syarat yang digariskan dalam Islam untuk berpoligami. “Sebaliknya, lelaki yang berpoligami perlu menjalankan tanggungjawab dengan adil dan memenuhi kriteria akhlak dalam menjaga hak semua isteri. “Ini supaya amalan poligami yang sebenarnya suatu perkara yang diizinkan agama tidak dilihat sebagai amalan yang menzalimi wanita yang boleh memburukkan imej Islam dengan perbuatan sesetengah lelaki yang tidak ikhlas dalam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas cadangan kerajaan Kelantan untuk memberikan insentif kepada suami yang berpoligami di negeri ini, tidak kira siapa pasangan dikahwini sama ada anak dara atau ibu tunggal. Cadangan pemberian insentif itu dikemukakan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Pasir Tumboh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Isnin lalu. Bagaimanapun, cadangan itu akan dibincangkan terlebih dulu di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri yang dipengerusikan Wan Ubaidah Omar yang turut disambut baik olehnya dan sedia menimbangkan cadangan itu di negeri berkenaan.

Muhamad Razak berkata, daripada sudut positif, pemberian insentif itu inisiatif bagi menjaga kepentingan wanita yang menjadi isteri kedua atau seterusnya. “Menerusi pendaftaran secara rasmi hak wanita akan dijaga kerana maklumat mereka akan diketahui. Ini penting untuk menjaga kebajikan selain memastikan hak mereka di sisi perundangan Islam terbela apabila berlaku perceraian atau kematian suami,” katanya. Katanya, pemberian insentif itu secara tidak langsung satu usaha memastikan perbuatan ‘menyorok’ isteri kedua atau seterusnya daripada pengetahuan umum diatasi.

“Saya banyak menerima aduan berkaitan kes poligami yang dilakukan senyap-senyap mengakibatkan isteri sukar menuntut hak mereka berikutan tiada rekod. “Sedangkan di sisi syariah, status isteri pertama atau seterusnya mempunyai hak sama rata yang dijamin agama seperti harta pusaka dan nafkah hidup,” katanya. Beliau turut menggesa semua suami yang mengamalkan poligami mendaftarkan rekod perkahwinan mereka dan dalam masa sama dapat menikmati insentif berkenaan. “Kepada yang berkemampuan, mereka boleh meneruskan hasrat itu, namun perlu persetujuan isteri pertama dan kebenaran mahkamah,” katanya

This entry was posted in Bimbingan Asas Islam, Dakwah, Isu Semasa, Kenegaraan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s