ABIM syor belia 21 tahun ke atas wajib mengundi

Tarikh: 18 November 2010

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan kerajaan mewajibkan semua rakyat berusia 21 tahun ke atas mengundi bagi mengelakkan sikap endah tidak endah rakyat terutama golongan muda terhadap tanggungjawab sebagai pengundi. Presidennya, Dr Muhamad Razak Idris, berkata, pihaknya yakin langkah itu berkesan memandangkan ia sudah diamalkan negara luar, termasuk di Australia yang memberikan surat amaran atau denda kepada rakyatnya yang ingkar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

 “Kita juga lihat pendekatan ini (mewajibkan) adalah jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kita akui sikap rakyat ini, selagi ia tidak diwajibkan, selagi itulah mereka bersikap sambil lewa mengenainya… sampai bila-bila pun masalah ini tidak dapat diselesaikan. Jadi, kita berharap kerajaan mewujudkan satu akta yang mewajibkan mereka untuk mengundi.

“Saya rasakan sudah tiba masanya untuk kita lakukan perkara yang sama di negara. Inilah saja jalan yang saya nampak dapat membantu kerajaan menaikkan jumlah pengundi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata masih terdapat 4.2 juta rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi enggan mendaftar dengan SPR bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pengundian.

 Beliau berkata, hingga berakhir suku ketiga tahun ini, hanya kira-kira 100,000 atau 2.3 peratus rakyat yang mendaftar sebagai pengundi menerusi pelbagai saluran termasuk parti politik. Muhammad Razak berkata, selain mewajibkan rakyat mengundi, badan bukan kerajaan (NGO) sosial yang tidak berkepentingan dalam parti politik tampil membantu kerajaan melakukan pendaftaran pengundi di kawasan yang menjadi tumpuan pengundi muda seperti di institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta atau di tempat awam.

“NGO ini boleh masuk ke IPT untuk membuka kaunter pendaftaran untuk memudahkan golongan itu selain memberi penerangan mengenai tanggungjawab SPR dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Kita perlu bersifat agresif, tidak boleh menunggu mereka datang berjumpa kita, sebaliknya kita yang perlu datang kepada mereka,” katanya.

This entry was posted in Belia, Gerakan Islam, Isu Semasa, Kenegaraan, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s