Kategori: Dialog Peradaban

PENDIDIKAN KENEGARAAN LAHIRKAN PEMIMPIN BERKUALITI

Oleh Muhamad Razak Idris

Para pengkaji bidang kenegaraan kini banyak memberikan tumpuan kepada siri debat antara Barrack Obama dan Mitt Romney,  calon  Presiden Amerika Syarikat (AS). Siri pertama telah berlangsung pada 3 Oktober 2012 yang lalu. Ia mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia. Sekiranya kita mengikutinya menerusi laman YouTube di internet misalnya, lebih jutaan pengunjung direkodkan telah menontonnya. Populariti Obama dan kedudukan AS sebagai sebuah kuasa besar dunia antara faktor utama mendorong minat ini.

Setelah mengikuti debat mereka, ia menerbitkan beberapa buah fikiran untuk diperbincangkan. Pertama, acara debat merupakan satu medium perhubungan antara pemimpin dan rakyat dalam sesebuah negara yang  mengamalkan sistem demokrasi. Kedua, satu program pendidikan kenegaraan penting dibangunkan dan diperkenalkan dalam negara kita pada hari ini.
Acara debat antara calon presiden di AS nampaknya bukan sahaja dinantikan oleh rakyatnya, malah juga calon-calon yang bertanding itu sendiri. Ia dilihat sebagai satu pentas terbaik bagi mempersembahkan rancangan kepimpinan mereka kepada seluruh rakyat yang bakal melakukan pemilihan. Rakyat terbanyak perlu diberikan keyakinan pada tahap tertinggi tentang dasar dan pendekatan yang akan digunakan dalam tempoh kepimpinan akan datang sekiranya terpilih.

Continue reading “PENDIDIKAN KENEGARAAN LAHIRKAN PEMIMPIN BERKUALITI”

Advertisements

PELIHARA NAMA BAIK NEGARA

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiarkan di Berita Harian, 30 September 2012

Rentetan peristiwa penghinaan terhadap agama Islam menerusi filem yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengundang banyak komentar di media tempatan dan antarabangsa. Dalam penelitian, pandangan Greg Sheridan, kolumunis The Australian pada 22 September 2012 menarik dan berlainan. Analisisnya bukan sekitar filem tersebut tetapi tentang kedudukan nama baik AS yang nampaknya terus tercemar di mata masyarakat di dunia Islam terutamanya sejak peristiwa tersebut.

Dalam telahannya, AS perlu melakukan banyak usaha lagi, mencari strategi dan pendekatan baru bagi memulihkan nama baiknya. Kepimpinan dan rakyat AS tentu tergamam dan sedih melihat pelbagai reaksi masyarakat terhadap negara mereka di dunia Islam selepas penerbitan filem tersebut. Jelas, bukan sekadar penerbit dan pelakon filem tersebut sahaja yang menjadi sumber kemarahan, negara AS secara keseluruhan menjadi bahan pelepas kemarahan. Di sesetengah acara bantahan, bendera AS dibakar secara terbuka sebagai tanda protes dan ketidaksukaan. Persoalan tentang kewajaran tindakan ini dari segi etika perlu dibincang kemudian, namun, fenomena ini dinyatakan bagi menunjukkan tentang kedudukan AS hari ini pada pandangan masyarakat Islam global.

Continue reading “PELIHARA NAMA BAIK NEGARA”

KEBANGKITAN ISLAMISME TANGKIS IMEJ MUSLIM EKSTREM

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar di Berita Harian, 13 Julai 2012

Kebangkitan aliran dan gerakan Islamisme di kebanyakan negara Islam hari ini memberi kesan positif terutama dalam mengalih minda dan perhatian masyarakat dunia terhadap wajah sebenar Islam dan masyarakatnya. Lebih sedekad lalu, masyarakat Islam seluruh dunia berada dalam keadaan yang amat terhimpit sekali akibat merebaknya gejala Islamophobia. Dalam tempoh itu, imej Islam dan masyarakatnya di pandang sebagai satu nilai dan perkumpulan yang ganas dan berbahaya. Ektremisme sering disinonimkan dengan agama Islam. Sikap media antarabangsa yang gemar memberikan laporan keterlaluan terhadap pendirian dan kegiatan pergerakan yang beraliran keras dan ganas di dunia Islam memburukkan lagi agama imej Islam pada kacamata masyarakat dunia. Imej buruk yang direka-reka ini menimbulkan rasa yang cukup rimas sekali kepada masyarakat Islam terbanyak malah dalam keadaan tertentu sering diburu oleh bayang ketakutannya.

Mutakhir ini, masyarakat Islam sudah mula boleh menarik nafas lega dan membuang perasaan terkurung dan rimas ketakutan yang ditanggung itu. Media antarabangsa nampaknya tidak lagi memberi tumpuan kepada kegiatan dan pendirian yang bercorak ganas dan keras oleh sesetengah pergerakan di dunia Islam. Nampaknya dunia Barat mula sedar iaitu ektremisme bukan mewakili realiti sebenar Islam dan masyarakatnya. Ia rupanya suatu nilai yang dianut oleh setengah kelompok kecil dari kalangan masyarakat Islam sahaja dan mereka boleh dikatakan sebagai golongan terpesong dalam memahami erti dan makna Islam yang sebenar.

Continue reading “KEBANGKITAN ISLAMISME TANGKIS IMEJ MUSLIM EKSTREM”

WACANA PASCA-ISLAMISME SEDANG BERKEMBANG

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar di Berita Harian, 5 Julai 2012

Pasca-Islamisme ialah satu istilah yang dibangunkan oleh para peneliti dunia pemikiran bagi merujuk kepada suatu fenomena berfikir baru yang sedang berkembang dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini. Pemikiran pasca-Islamisme ini dijangka akan mewarnai corak berfikir masyarakat Islam dalam beberapa tempoh mendatang. Kita wajar mendekati perkembangan corak pemikiranini dari semasa ke semasa kerana wacananya bukan sahaja menarik malah ia akan memberikan kesan tersendiri terhadap rentak perhubungan geo-politik dunia terutama antara Islam dan Barat.

Mendekati wacana pasca-Islamisme menuntut kita untuk memahami istilah ‘Islamisme’ terlebih dahulu. Dalam perbincangan lalu,kita menjelaskan iaitu Islamisme ialah satu bentuk aliran atau jenama pemikiran bagi merujuk kepada himpunan fenomena berfikir yang berkembang dalam masyarakat Islam bermula di awal abad ke 20. Kelahirannya didorong oleh semangat yang dikenali sebagai islah (pembaikan)  dan tajdid (pembaharuan) dalam kehidupan masyarakat Islam. Asas dorongan ini ialah kerana masyarakat Islamsedang didepani realiti kemerosotan ketamadunannya. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan. Untuk itu, usaha perubahan harus digerakkan. Usaha menjayakan perubahan ini digerakkanoleh pelbagai harakah Islamiyyah atau pergerakan Islamyang tumbuh di dunia Islam. Pergerakan Islam ini dikenali dalam teks kesarjanaan di Barat sebagai perkumpulan politik Islam. Pelbagai kegiatan bercorak perubahan telah dijayakan oleh pergerakan-pergerakan ini meliputi dua pendekatanutama iaitu pertama, pengukuhan jatidiri keagamaan menerusi penghayatan kembali teks-teks warisan Islam dan kedua, mengkritik pemikiran dan kebudayaan yang dikembangkan oleh ketamadunan Eropah di dunia Islam.

Continue reading “WACANA PASCA-ISLAMISME SEDANG BERKEMBANG”

AKTIVITI BERSAMA SUBURKAN DIALOG ANTARA AGAMA

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar di Berita Harian, 22 Jun 2012

Ahli-ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) baru sahaja menamatkan siri lawatan muhibbahnya ke Serawak pada 18-21 Jun yang lalu. Lawatan ini adalah siri ketiga selepas Sabah dan Kelantan. Ia dianjurkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Kerja Aktiviti-Aktiviti Bersama, sebuah unit yang ditubuhkan di bawah JKMPKA.

Penulis ada menjelaskan dalam beberapa tulisan sebelum ini iaitu JKMPKA ialah satu jawatankuasa yang dibentuk oleh kabinet Malaysia pada 24 Febuari 2010  bertujuan sebagai pemangkin ke arah mewujudkan, menggalakkan dan memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan serta panganut pelbagai di negara kita. Ia juga sebagai saluran yang akan menjambatani ikatan persahabatan berteraskan semangat saling hormat menghormati dan percaya mempercayai serta bekerjasama secara muhibbah di segenap peringkat dan akar umbi.

Continue reading “AKTIVITI BERSAMA SUBURKAN DIALOG ANTARA AGAMA”

SIKAP SENSITIF JAMIN KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar di Berita Harian, 7 April 2012

Sikap sensitif ialah salah satu dari etika penting bagi menjamin kerukunan dan keharmonian hidup beragama. Kita berasa sedih dengan beberapa kes yang terjadi di negara kita sejak akhir-akhir iniapabila terdapat sebahagian dari penganut agama tidak menunjukkan sikap dan rasa sensitif terhadap perasaan penganut agama lain apabila mengeluarkan penyataan umum atau menganjurkan kegiatan-kegiatan tertentu. bersifat keagamaan atau kependidikan.

Pernah beberapa waktu sebelum ini, perasaan penganut agama Islam terganggu apabila satu kumpulan agama lain memberi komentar terbuka ketidakpuasan hati mereka terhadap penganjuran ibadah korban pada musim perayaan Aidiladha.Komentar itu ialah antara contoh dan gambaran tahap kerendahan sensitiviti agama oleh sesetengah pihak terhadap amalan keagamaan penganut agama yang lainyang wujud dalam negara kita.

Continue reading “SIKAP SENSITIF JAMIN KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA”

ISLAMIS PASCA REVOLUSI ARAB

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar di Berita Harian, 29 Mac 2012

Minat masyarakat terhadap fenomena yang terjadi kesan revolusi Arab lebih setahun lalu makin memuncak. Kita tertarik apabila menelaah beberapa rencana yang menganalisis revolusi Arab oleh jurnal Foreign Affairs terbitan Mei/Jun 2011. Dalam sejumlah pendapat terhimpun, The Rise of the Islamists tulisan Shadi Hamid menarik untuk dikongsi. Revolusi Arab memberi banyak kesan terhadap perkembangan sejarah masyarakat terutama sumbangannya kepada kelahiran dan kebangkitan kelompok pergerakan Islam yang sering dirujuk dalam wacana akademik di Barat sebagai golongan ‘Islamis’.

Kelompok pergerakan Islam ini menjadi tumpuan penelitian ramai sarjana kerana ia bukan mewakili imej sebahagian masyarakat Muslim yang hanya melihat dan mengamalkan agama sebagai satu proses perhubungan kerohanian antara individu dengan Tuhannya.

Golongan Islamis melihat agama sebagai tenaga untuk kehidupan dan peradaban manusia seluruhnya. Di samping menghayati agama dalam kehidupan peribadi, mereka berusaha menterjemahkan doktrin, nilai dan gagasan keagamaan Islam dalam segenap spektrum kehidupan serta peradaban.

Continue reading “ISLAMIS PASCA REVOLUSI ARAB”