AKTIVITI BERSAMA SUBURKAN DIALOG ANTARA AGAMA

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar di Berita Harian, 22 Jun 2012

Ahli-ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) baru sahaja menamatkan siri lawatan muhibbahnya ke Serawak pada 18-21 Jun yang lalu. Lawatan ini adalah siri ketiga selepas Sabah dan Kelantan. Ia dianjurkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Kerja Aktiviti-Aktiviti Bersama, sebuah unit yang ditubuhkan di bawah JKMPKA.

Penulis ada menjelaskan dalam beberapa tulisan sebelum ini iaitu JKMPKA ialah satu jawatankuasa yang dibentuk oleh kabinet Malaysia pada 24 Febuari 2010  bertujuan sebagai pemangkin ke arah mewujudkan, menggalakkan dan memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan serta panganut pelbagai di negara kita. Ia juga sebagai saluran yang akan menjambatani ikatan persahabatan berteraskan semangat saling hormat menghormati dan percaya mempercayai serta bekerjasama secara muhibbah di segenap peringkat dan akar umbi.

Bagi tujuan tersebut, beberapa strategi telah diatur oleh beberapa jawatankuasa kerja JKMPKA. Salah satunya ialah keperluan memperbanyakkan atau menyuburkan aktiviti-aktiviti bersama antara pimpinan dan penganut antara agama. Strategi ini ialah asas dan dilihat utama pada masa kini memandangkan budaya dan amalan dialog antara penganut agama di negara kita boleh dikatakan masih di peringkat awal atau permulaan.

Memang tidak dinafikan iaitu pelbagai penganut agama saling bertemu dan berjumpa sesama mereka dalam banyak pertemuan sosial  seperti dalam acara kenduri kendara atau jamuan hari perayaan. Tahap perhubungan ini amat baik dan wajar digalakkan secara berterusan. Namun, dalam konteks dialog antara agama, pertemuan dan perjumpaan berbentuk sosial ini tidak harus terhenti ditahap itu sahaja. Ia seterusnya harus memandu masyarakat ke arah  suatu kefahaman dan semangat mencapai tujuan yang sama.

Apa yang sedang diusahakan JKMPKA dalam strateginya sekarang ialah menyuburkan kegiatan dialog yang berstruktur atau sistematik. Dalam kata lain, pertemuan-pertemuan yang diatur dalam pelbagai aktiviti antara penganut agama adalah bagi mengarah ke arah pemupukan sikap menghargai realiti kepelbagaian agama dan setelah itu para penganut agama dipandu untuk saling memahami persamaan-persamaan yang mungkin wujud. Seterusnya mereka dilatih pula untuk menghormati perbezaan antara agama samada dari aspek kepercayaan, amalan dan kebudayaannya. Mewujudkan dialog secara  berstruktur atau sistematik inilah yang menjadi salah satu dari agenda atau gerak kerja JKMPKA pada masa kini.

Dalam merealisasikan pemikiran ini, ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik sejak tahun 2011 yang lalu bersepakat iaitu langkah menyemarakkan budaya dan amalan dialog yang berstruktur ini harus dimulakan terlebih dahulu di kalangan para pimpinan agama di peringkat kebangsaan terlebih dahulu sebelum ia dikembangkan dan disemarakkan di pelbagai peringkat akar umbi yang lain.

Sebagai ahli dalam jawatankuasa ini, penulis berasa bertuah kerana berkesempatan mengikuti ketiga-tiga siri lawatan muhibbah ke arah menyuburkan budaya dan amalan dialog di kalangan para pemimpin agama di negara kita. Dalam kunjungannya ke Serawak pada kali ini, seramai lebih 30 orang pimpinan dari pelbagai agama turut serta dalam lawatan. Di bawah penyelarasan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), para perserta berkunjung ke pusat-pusat ibadat dan keagamaan di Serawak. Ia bagi mendedahkan para pemimpin agama tentang pelbagai kegiatan keagamaan yang sedang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita hari ini serta berpeluang berkomunikasi dengan para pimpinan dan pendokong agama yang komited di segenap peringkat akar umbi. Pertemuan dan kunjungan ini secara tidak langsung juga meluaskan ruang atau spektrum berfikir para pemimpin agama tentang keunikan kehidupan beragama di negara kita.

Dalam lawatan muhibbah di Serawak kali ini, para pemimpin agama didedahkan dengan kegiatan keagamaan dan kebudayaan masyarakat Islam semasa berkunjung ke Masjid Jamek Petrajaya serta Pusat Penerangan Islam di Kuching. Manakala dalam acara ramah mesra dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sarawak dan Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Serawak yang diwakili oleh Dato Amar Abang Johari bin Abang Openg, Menteri Perlancongan dan Perumahan, para pemimpin agama berpeluang mendengar secara langsung sikap dan pendirian kerajaan Sarawak serta langkah-langkah yang dijalankannya bagi menghargai kepelbagaian agama sebagai asas kekuatan negara.

Pendedahan yang sama dialami oleh pimpinan dari kalangan masyarakat Islam apabila mereka berkunjung ke beberapa pusat agama antaranya ke Persatuan Buddha Sarawak, Kuil Sri Maha Mariamman, Rumah Bishop Sarawak dan St Thomas’s Cathedral, Kuching, Tao Temple iaitu Tong Kak Kuang Temple dan Sikh Temple iaitu di Gudwara Sahib Kuching. Pada setiap pertemuan, para pimpinan agama bukan sahaja boleh saling mengenali namun yang penting sekali ialah dapat memahami keunikan dalam peribadatan agama lain dan perbezaannya dengan agama Islam. Mereka juga dapat bersoal jawab dengan setiap pimpinan agama tentang pelbagai isu dan sikap agama masing-masing bagi tujuan mencari titik persamaan dan menghargai kepelgaian yang dimiliki.

This entry was posted in Dakwah, Dialog Peradaban, Gerakan Islam, Institusi Islam, Kenegaraan, Pemikiran Islam, Tamadun. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s