AGENDA PENDIDIKAN PERLU PERKASA JATIDIRI

Oleh MuhamadRazak Idris

Disiar Berita Harian, 31 Me1 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan inisiatif bersiri yang dinamakan sebagai ‘Dialog Pendidikan Nasional’. Dalam beberapa laporan berkenaan inisiatif ini, ia bertujuan bagi memperolehpandangan awam secara menyeluruh di segenap terhadap cita-cita, harapan dan cabaran yang harus diberi perhatian terutama oleh pihak kementerian ke  arah pemerkasaan sistem pendidikan di negara kita.

Penganjuran dialog pendidikan ini suatu yangtepat dan wajar sekali. Ini memandangkan masyarakat dan negara sedang berad apada fasa kedua perkembangannya. Sejak mencapai kemerdekaan lebih lima dekad yang lalu, sistem pendidikan negara telah melalui beberapa fasa perkembangannya yang tersendiri. Di era awal, perbahasan tentang persoalan pendidikan tertumpukepada isu dasar, jatidiri dan penyediaan prasarana pendidikan kepada masyarakat terbanyak. Oleh kerana itu, sepanjang tempoh selepas kemerdekaan, beberapa laporan pendidikan telah dikemukakan yang menetapkan beberapa asas berkaitandasar berkenaan kurikulum, falsafah, bahasa, pembangunan guru dan kemudahan dalam sistem pendidikan. Syukur kerana sepanjang tempoh tersebut, perkembangan pendidikan amat pesat dan ia telah berjaya melahirkan sejumlah tenaga manusia yang terlatih dalam segenap bidang bagi tujuan pembangunan negara.

Namun, pencapaian ini tidak bermakna perjuangan dalam pemerkasaan pendidikan negara telah terhenti. Malah, hakikatnya ia bertambah mencabar kerana masyarakat dan negara harus mengikuti rentak perkembangan dunia. Dalam kata lain, peranan pendidikan bertambah berat hari ini kerana ia tidak sahaja berfungsi sebagai saluran bagi memberi pengentahuan dan kemahiran bagi pembangunan negara, malah pendidikan hari ini perlu mempersiapkan generasi baru yang mampu pula bersaing di pentas dunia terbuka yang sering dirujuk sebagai ‘perkampungansejagat’.

Tentulah, persaingan baru menuntut persediaan baru yang perlu dimiliki oleh generasi pelajar hari ini dari sudut pengentahuan dan kemahiran. Sekiranya persediaan ini tidak mencukupi, generasi yang dilahirkan menerusi sistem pendidikan akan ketinggalan dalam arus persaingan dunia. Initentu sekali akan memberi kesan langsung kepada ketahanan negara pada masadepan akibat ketidaksediaan rakyatnya berentap secara berkeyakinan bersama-sama dengan negara dan bangsa lain yang pelbagai di dunia ini dalam segenap bidang kehidupan. Inilah antara cabaran besar sistem pendidikan negara hari ini dan ia merupakan asas kepada keperluan untuk satu usaha penilaian semula sistem pendidikan negara terutama dalam melihat sejauh mana kesediaan yang telah dimiliki bagi mendepani cabaran globalisasi pada masa depan.

Dalam mempersiapkan generasi baru yangberkeyakinan tinggi di pentas dunia, kita dapati terdapat pelbagai pandangan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan di bidang pendidikan telah diutarakan. Salah satu pandangan tersebut ialah  pendapat mengatakan iaitu antara kesediaan penting yang perlu dilakukan ialah dengan memastikan pelajar menguasai ilmu bahasa asing terutama bahasa Inggeris. Asasnya ialah kerana pada masa akan datang bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan ia akan menjadi satu alat yang paling berkesan kepada pelajar untuk berdepan dengan arus persaingan dunia.

Pandangan amat berpengaruh sebelum dan ia telah dilaksanakan dalam bentuk amalan apabila kementerian pelajar menukar penggunaan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek sains dan matematik di sekolah. Langkah ini telah menimbulkan perdebatan yang panjang dan tentangan yang berterusan dari pihak yang lain kerana beranggapan iaitu langkah tersebut bakal menggadai jatidiri kenegaraan generasi pelajar pada satu tempohakan datang.

Pada pandangan kedua ini, mereka sepakat tentang keperluan mempersiap generasi yang mampu bersaing di pentas globalisasi, namun, apa jua langkah ke arah tersebut tidak harus sekali-kali sehinggakan menggadaikan jatidiri kebangsaan dan kenegaraan. Pelajar perlu dipersiapkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi tidak beerti mereka perlu meninggalkan jatidiri kebahasaannya demi untuk bersaing di pentas dunia. Menurut pandangan ini, generasi yang bakal dibangunkan menerusi sistem pendidikan  bukannya ‘manusia global’ yang tiada identitidan hubungan akar umbi kebangsaannya. Dalam kata lain, identiti manusia global yang tidak mengenal jatidirinya bukanlah watak dan ciri generasi yang ingin dilahirkan oleh sistem pendidikan negara ini.

Di samping aspek jatidiri kebahasaan, pengekalan nilai-nilai keagamaan dan ketimuran juga tidak harus sama sekali terpinggir dalam agenda pemerkasaan pendidikan akan datang. Hal ini penting dibangkitkan kerana kedapatan pandangan iaitu persoalan nilai dalam pendidikan adalah aspek sampingan dalam pendidikan apatah lagi bagi berdepan dengan dunia persaingan akan datang. Keutamaan masa kini ialah aspek penguasaan ketrampilan dan kemahiran bidang-bidang yang ditekuni sehingga mampu mencapai tahap tertinggi. Subjek-subjek yang menerapkan nilai-nilai seperti pendidikan Islam dan moral, sejarah, sastera dan muzik dilihat tidak penting malah terdapat sebahagian yang melihatnya sebagai menggangu tumpuan pelajar.

Pandangan yang bercorak sebegini masih berkembang dan menurut penulis, ia harus ditolak kerana kesannya yang akan membawa kepada kelahiran generasi yang akan hilang jati diri kebangsaan dankenegaraan pada masa akan datang. Adalah wajar sebarang agenda pemerkasaan pendidikan pada masa depan mengambil perhatian terhadap usaha pengukuhan aspek jatidiri individu dan dalam yang sama menambahbaik langkah bagi pembangunan pengentahuan dan ketrampilan baru ke persiapan mendepani dunia persaingan. Untuk itu, kerangka falsafah pendidikan negara yang telah dibangunkan sebelum ini perlu terus menjadi garis pandu dalam sebarang inisiatif pemerkasaan pendidikan negara.

This entry was posted in Isu Semasa, Kenegaraan, Politik, Tamadun. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s