POLITIK LUHUR LANDASAN MENUJU NEGARA BAHAGIA

Oleh Muhamad Razak Idris

Tradisi kesarjanaan Islam kaya dengan pelbagai perbahasan tentang kehidupan ini. Persoalan politik merupakan antara aspek yang menjadi keprihatinan utama para falsafah Muslim dalam perbahasan keilmuan mereka. Semasa menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk FalsafahPolitik Islam dan Kepentingannya di Malaysia di Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) baru-baru ini, Profesor Dr Idris Zakaria merakamkan sejumlah pandangan dari tokoh ilmuwan Islam berkenaan falsafah politik Islam. Tokoh-tokoh yang paling menonjol sekali membicarakan persoalan ini antaranya ialah Abu Nasr al-Farabi (870-950), Ali al-Hussin Ibn Sina (980-1037), Abu Hamidal-Ghazali (1058-1111) dan Ibn Khaldun (1332-1406).

Sumbangan mereka di bidang pembangunan ilmu politik Islam tergambar dalam pelbagai karya yang sehinggahari ini masih ditelaah. Al-Farabi sebagai contoh menulis beberapa karya utama tentang politik antaranya ialan Kitab al-Madinah al-Fadhilah dan al-Siayasahal-Madaniyyah. Ibn Sina merakam persoalan ini di dalam karyanya al-Syifa’, manakala Abu Hamid Al-Ghazali membicarakan persoalan politik dalam karyanya al-Tibr al-Masbuk fi Nasihatal-Muluk. Berkenaan Ibn Khaldun, karya beliau al-Muqaddimah adalah teks penting yang merakamkan pelbagai teori pembangunan peradaban danprinsip-prinsip keluhuran politik. Kita merakamkan beberapa tokoh dan sejumlah karya terpilih ini bagi menunjukkan iaitu wacana kesarjanaan Islam tidak gersang dari perbahasanberkenaan idea dan pemikiran berhubung persoalan politik dan kenegaraan. Ia juga menggambarkan betapa ciri dan sifat sarjana Muslim bukan berwatak ‘eksklusif’atau terpencil dari arus perkembangan kehidupan politik dan isu-isu kenegaraan dipersekitarannya.

Ternyata ahli falsafah Muslim seorang yang peka dan arif dengan realiti politik semasa dan menyumbang secara bermakna menerusi karya dantulisan membimbing pemerintah dan rakyat ke arah menuju dan mencapai sebuah kehidupan bernegara yang sempurna. Wacana politik Islam sebagaimana tergambar dalam tulisan dan pemikiran para ahli falsafah Muslim ini unik dan menarik. Politik Islam pada pandangan mereka adalah luhur dan ia adalah landasan bagi mencapai cita-cita tertingginya iaitu menuju negara bahagia. Dalam kata lain, sesebuah masyarakat tidak mungkin akan mencapai kebahagian bernegara sekiranya landasan kehidupan politiknya lemah dan goyah.Oleh itu, membina landasan politik yang luhur dan kukuh adalah asasi dan iadilihat sebagai sebahagian dari kewajipan beragama. Ini berasaskan kefahaman bahawa misi penurunan agama ialah bagi mengatur perjalanan kehidupan manusia secara adil dan saksama dan aturan keagamaan ini juga termasuk di dalam urusan kehidupan berpolitik.

Berasaskan kesedaran bahawa pengukuhan landasan politik sebagai saluran bagi penterjemahan misi keagamaan di muka bumi, ahli-ahli falsafah Muslim telah membangunkan pelbagai teori, wawasan danperancangan berkenaan ilmu politik yang luhur. Al-Farabi sebagai contoh banyak menumpu wacananya tentang kefahaman falsafah politik itu sendiri di manamenurut beliau ialah bagi mencapai as-saadah atau kebahagian. Dalam kata-katanya, Al-Farabi menjelaskan, ‘kebahagiaan adalah suatu yang terbaik yang dituntut oleh setiap manusia. Tidak ada perkara selainnya lagi untuk dicapai olehmanusia sepanjang masa dan terlebih besar dari kebahagiaan itu sendiri’. Dalamkata lain, objektif atau matlamat terpenting politik ialah membina sebuah negara idaman di mana setiap warganya memperoleh kebahagian secara saksama. Cita-cita membina negara bahagia sebagai asasdalam politik Islam membawa kepada persoalan lanjut tentang apakah bentuk cara-carany ayang akan membawa masyarakat mencapai ideal tersebut? Tentu sekali banyak cara-caranya.

Dalam konteks ini, al-Farabi banyak menumpu kepada kepentingan struktur kepimpinan yang kukuh dan berwibawa sebagai salah satu cara terpenting bagi membina sistem politik luhur. Struktur kepimpinan ini merujuk secara khusus antaranya terhadap keperluan untuk masyarakat memiliki dan memilih ketua negara yang berkelayakan dan berkemampuan untuk mengurus dan mentadbir sistem politik itu sendiri. Untuk itu, ketua negara dalam sistem politik Islam adalah asasi. Menurut al-Farabi, ketua negara hendaklah memiliki kualiti diri yang tinggi lagi unggul kerana ketua negara ibarat organ hatiatau al-Qalb dalam sistem tubuh badan manusia. Ketua negara yang berkualiti tinggi dari segenap aspek akan dapat menjamin dan memastikan sistem politik luhur dapat diurus dan ditadbir secara sempurna sebagai landasan menuju negara bahagia.

Banyak ciri-ciri ketua negara yang disenaraikanal-Farabi antaranya, beliau hendaklah mempunyai kesempurnaan tubuh badan dan bertenaga menjalankan tugas, mempunyai kefahaman dan daya ingatan yang tinggi, bijaksana, berkemampuan memberikan penjelasan secara baik dalam pelbagai persoalan kenegaraan, mencintai ilmu pengentahuan, tidak suka berfoya-foya,menjaga pemakanan, mencintai kebenaran, membenci perbohongan, berjiwa besar,berhemah tinggi dan tegas dalam menegakkan keadilan.

Begitulah kualiti tinggi ketua negara dalam sistem politik Islam. Semangat yang serupa tentang kepentingan kualiti ketua negara dalam wacana politik Islam turut dikongsi oleh Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dalam tulisannya menasihat pada ketua negara Islam supaya bersikap peka dan prihatin terhadap permasalahan rakyat, segera menunaikan dantidak melambatkan hajat rakyat apabila mendapat aduan dan tidak bersikap bermewah-mewah dalam berpakaian dan pemakanan. Ketua atau pemimpin negaraharuslah tidak melaksanakan sesuatu dasar yang boleh membawa kepada perbuatan zalim atau menyebabkan rakyat menderita, kesusahan dan kemelaratan. Selaku pemerintah, ketua negara perlu menjadi tauladan dan sumber bagi penyebaran nilai kebaikan dan kebahagian untuk seluruh kehidupan warga dan persekitarannya.

This entry was posted in Dakwah, Gerakan Islam, Institusi Islam, Isu Semasa, Kenegaraan, Pemikiran Islam, Politik, Tamadun. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s