PENJANAAN SEMULA PENDIDIKAN POLITIK

Oleh Muhamad Razak Idris

Institusi politik kepartian negara kita sedangmenuju era kedua perkembangannya. Oleh itu, persediaan sewajarnya dari segenapsegi keorganisasian perlu direncanakan dengan lebih gigih mulai sekarang. Dalamkonteks arena politik masyarakat Melayu, dua parti terawalnya kini mulamelabuhkan diri ke era pertengahan abad. Misalnya, UMNO yang ditubuhkan pada1946 kini mencecah usia 66 tahun. Manakala PAS pula yang ditubuhkan pada 1951,telah berusia 61 tahun. Dalam evolusi perkembangan manusia, apabila seseorang mencecah60 an atau lebih, mereka akan mendapat gelaran warga atau usia emas. Wajar jugasekiranya istilah yang sama digunakan bagi sesebuah organisasi manusia sepertiparti politik UMNO dan PAS ini.

Menangani cabaran keorganisasian di era usiaemas amat besar tanggungjawabnya. Kebiasaannya, kepimpinan parti harusmendepani dua keutamaan penting iaitu, pertama cabaran untuk memastikan seluruhpencapaian dan kejayaan silam terpelihara dan diwarisi secara berwakna olehgenerasi dan sejarah dan kedua ialah cabaran memasti ketahanan kemajuandiperoleh dapat ditingkatkan untuk dekad-dekad mendatang.

Banyak usaha yang dilakukan oleh organisasiyang mencapai usia emas ini bagi menangani dua cabaran tersebut. Bagipemuliharaan khazanah sejarah dan warisan, usaha pengkisahan semula pengalamansilam dan kenangan suka duka perjuangan dirakamkan secara berkesan. Initermasuk menerusi penganjuran acara pengkisahan sejarah, penerbitan buku malahsebahagian lain menubuhkan muzium khusus untuk organisasinya. Ini bagimemastikan semangat dan jiwa perjuangan silam yang ditempuh generasi terdahulusentiasa membara dalam sanubari generasi muda pewaris. Persediaan dari aspekini walaupun rumit, namun tidaklah terlalu mencabar.

Berbanding persediaan bagi menanangi cabarankedua iaitu memastikan ketahanan generasi menempuh cabaran mendatang, usaha danlangkahnya amat kompleks sekali. Ini kerana, ia memerlukan satu agenda khususbagi mempersiapkan satu generasi baru yang benar-benar berdaya tahan sertamampu pula bersaing di pentas baru arena politik yang sememangnya bersifatdinamik dan berubah.

Dalam kata lain, pertubuhan atau gerakan politiktidak boleh lari dari menumpu di dalam usaha menjayakan pendidikan politiksecara berkala dan menyeluruh kepada generasi muda pewaris sebagai kelompokpewaris pemerintahan dan kepimpinan negara. Terdapat beberapa istilah yang dalampengalaman keorganisaan yang digunakan tentang agenda pendidikan dalamkeorganisasian ini. Antaranya ialah istilah ‘pengkaderan’ atau ‘regenerasi’.Apa pun istilah yang digunakan, intinya ialah tentang kepentingan untuk satu agendakhusus dirangka bagi menjayakan program pembinaan semula generasi baruyang  akan meneruskan perjuangan agama,bangsa dan negara.

Kita berpandangan, program pendidikan politikini adalah terlalu asasi terutama bagi sesebuah organisasi yang telah mencapaiusia emas. Antara isi kandungan penting dalam proses pengkaderan ini ialahpembangunan fikrah kenegaraan yang  syumul dan pembentukan budaya politik yang  matang. Ini adalah dua tumpuan penting padamasa kini yang harus dijadikan bahan pemikiran pertubuhan politik negara ini.

Berkenaan dengan pembangunan fikrah kenegaraan,ia adalah diskusi berhubung tentang cabaran sebuah negara bangsa dalam konteksdunia baru yang sedang berubah hari ini. Dalam kerangka fikrah yang syumul,pemikiran politik yang dibangunkan menerusi proses ini tidak lagi hanya berkaitantentang parti kerajaan dan parti pembangkang dalam sistem demokrasi yangsempit. Dalam kata lain, generasi baru politikus akan datang tidak hanyadilatih untuk memahami aspirasi politik dari perjuangan partinya semata-matadan bagaimana untuk melemahkan parti lawan, tetapi lebih khusus di dalammemahami geo-politik dunia semasa dan bagaimana untuk membangunkan dasar-dasarterbaik bagi meletakkan kedudukan negara pada tahap terbaik di pentas sejarahdunia. Fikrah kenegaraan juga membabitkan penghayatan tentang tuntutan untukseseorang pemimpin memahami hak –hak individu dan rakyat dalam pemerintahanserta peranan institusi kenegaraan yang luas dan pelbagai dalam sistemnya yangkompleks. Hal ini terlalu penting terutama dalam wacana politik baru sekarang.

Pendidikan atau tabiyyah politik ini menuntutpenganjuran seminar dan kursus yang khusus serta pembacaan yang meluas dari kalangangenerasi baru politikus. Bagi menguasai fikrah kenegaraan yang syumul ini,politikus baru tidak lagi harus terikat dengan pandangan politik dari sumberkarya dan pengalaman dalaman parti tetapi harus berupaya membuat perbandingandengan pencapaian dan perkembangan politik di peringkat antararabngsa.

Tentang pembudayaan politik pula sebagai satubentuk isi dalam program pendidikan politik, ia bermaksud latihan bagipengukuhan jati diri dan penghayatan nilai sebagai seorang pemimpin negara yangbertanggungjawab memacu negara ke puncak antarabangsa. Memandangkan perananbaru polikus masa depan amat berat, mereka perlu dipersiapkan dengannilai-nilai kehidupan luhur seperti ketahanan rohani yang tinggi, sifatkepemurahan, bersikap merendah diri dalam ucapan dan penampilan, memiliki dayaperjuangan atau semangat jihad yang mantap,  rela berkorban demi kepentingan umum, menjauhisifat-sifat dan amalan yang ditegah agama, mencintai ilmu dan kebenaran sertamemiliki kewibawaan diri atau integriti yang tinggi. Kesemua nilai ini harusdipupuk menerusi proses pendidikan politik yang tersusun serta dilatih pulaoleh barisan generasi politikus yang beramanah dan berwibawa juga.

Agenda pendidikan politik ini boleh dimainkanoleh pihak kerajaan secara langsung terutama dalam memupuk minat politik di kalanganmasyarakat bagi berpartisipasi secara meluas dalam urusan kenegaraan. Beberapaperubahan dasar yang dalam undang-undang perhimpunan aman dan penglibatanmahasiswa dalam kegiatan politik di kampus adalah antara inisiatif yang positifbagi tujuan ini.

This entry was posted in Budaya, Institusi Islam, Isu Semasa, Kenegaraan, Politik. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s