AUDIT BAHASA PASTIKAN JATI DIRI TERPELIHARA

Oleh Muhamad Razak Idris

Tahap dan kedudukan jatidiri sesebuah bangsaboleh diukur. Dalam sistem pengurusan hari ini, kaedah mengukur sesuatupencapaian dinamakan audit.  Salah satuaspek jatidiri yang diukur setiap tahun di negara kita ialah sikap integriti. Aspekjatidiri ini ialah berkenaan nilai ketulusan dan kejujuran yang harus dimilikioleh setiap individu terutama sekali penjawat awam yang diamanahkan menjalankanurustadbir negara menggunakan sumber pendapatan negara.

Nampaknya, langkah mengaudit tahap jatidiridari aspek integriti ini semakin memberikan kesan.  Laporan tahunan oleh Jabatan Audit Negara amatdiberi perhatian oleh masyarakat  sejakakhir-akhir ini. Setiap tahun, para penjawat awam terutamanya akan gundahmenunggu laporan audit ini kerana sebarang kecuaian keterlaluan dalam menjalankanamanah dan tanggunjawab boleh membawa mereka ke muka pengadilan. Sudah ramai darikalangan penjawat awam yang telah dikenakan tindakan undang-undang atas sikapmereka yang tidak berintegriti atau gagal mempertahankan nilai jatidiri ketulusandan kejujuran dalam urusan kehidupan mereka.

Kita berpendapat, di samping usaha mengaudit aspekintegriti ini dijayakan dan ditingkatkan secara berterusan, langkah yang samaharus dikembangkan dalam pelbagai dimensi jatidiri yang lain. Untuk itu, salahsatu lagi dari aspek  jatidiri yang perludiaudit secara tahunan juga ialah dari segi mutu dan tahap penggunaan bahasakebangsaan atau bahasa Melayu.

Sebagaimana audit dari aspek integritidijalankan, audit bahasa ialah inisiatif bagi menilai sejauhmana tahappenggunaan bahasa kebangsaan serta mutu penghayatannya dalam segenap aspekurusan kehidupan di peringkat individu dan masyarakat serta di tahap urustadbirkenegaraan. Ia boleh dianggap sebagai langkah bagi melaksanakan ketetapanperlembagaan berhubung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jauhlebih utama ialah kerana dimensi bahasa merupakan unsur teras sebuah negara dantamadun. Bahasa berfungsi sebagai identiti dan merupakan salah satu darisaluran bagi memartabatkan masyarakat itu sendiri. Ungkapan ‘bahasa jiwa bangsa’tidak memberikan apa-apa makna andainya rakyat bangsa tersebut mengabaikanperanan dan ketinggian aspek jatidiri kebahasaan dalam urusan kehidupan mereka.Kedaulatan bahasa terletak kepada tahap penggunaanya oleh sekelian rakyatsebagai tanda kehormatan terhadap unsur jatidirinya yang unik.

Langkah mengaudit bahasa amat perlu pada masakini kerana gejala merendahkan peranan dan kedudukannya semakin berleluasa.Realiti ini jelas sekali sekiranya diperhatikan gejala penggunaan istilahbahasa asing dalam menamakan bangunan baru yang didirikan.

Misalnya, gejala merendahkan kedudukan bahasaMelayu mula tertonjol bagi sesiapa yang menetap atau bertugas di Bandar BaruBangi. Beberapa bangunan baru yang bakal tersergam dan barangkali akan menjadimercu baru bandar ini nanti akan menggunakan istilah bahasa Inggeris. Antaranyaialah sebuah pusat membeli belah yang sedang dibangunkan sekarang ini dinamakan‘Bangi Gateway’. Manakala sebuah lagi kompleks perniagaan di bandar ini yangjuga dalam proses pembinaan akan dikenali sebagai ‘Paragon Point’. Sebelum ini,pihak berkuasa tempatan bagi bandar ini menamakan satu laluan istirehatpenduduk sebagai ‘Bangi Walk’. Inilah antara contoh bagaimana gejala hilangnyajatidiri kebahasaan semakin berleluasa dalam masyarakat. Ia juga gambarantentang tahap sensitiviti terhadap jatidiri kebahasaan yang semakin menurun,tidak sahaja oleh pengusaha swasta malah pentadbir awam.

Dalam konteks Bandar Baru Bangi ini, gejala iniamat menyedihkan kerana ia berlaku di sebuah kawasan penempatan yang didudukisecara majoriti masyarakat Melayu. Malah, tindakan menggunakan istilah bahasaInggeris pada bangunan-bangunan kegunaan utama masyarakat ini seolah cuba mempersendadan merendahkan peranan Universiti Kebangsaan Malaysia yang sedia diketahuidiasaskan dan dibangunkan atas semangat dan cita-cita mengukuhkan kedudukanbahasa Melayu di negara kita.

Inilah antara realiti yang menuntut kepadalangkah pengenalan sistem audit bahasa. Kita berpandangan, tumpuan audit bahasaini harus terlebih dahulu diperkenalkan terhadap para pentadbir awam di segenapperingkat. Satu garis panduan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam harusdiwujudkan dan para penjawat dan pentadbir awam harus diaudit tahap sensitivitidan komitmen mereka dalam menguatkuasakan garis panduan kebahasaan dalam urusanpentadbiran seperti dalam urusan surat menyurat, komunikasi dalam bermesyuaratdan penggunaan bahasa semasa memberikan pengucapan awam.

Dalam hubungan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) boleh diupayakan bagi menjalankan audit bahasa ini. Tentu nanti, laporantahunan audit bahasa oleh DBP akan ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat bagimelihat perkembangan tahap jatidiri kebahasaan setelah lebih separuh abad negarakita mencapai kemerdekaan. Hasil audit ini akan memperlihatkan kepada kita kumpulanatau individu yang bersikap patriotik terhadap jatidiri kebahasaan ini dan jugasebaliknya. Bagi mereka yang secara cuai didapati meremehkan dan merendahkankedudukan bahasa Melayu, tindakan peringatan dan undang-undang sewajarnya dikenakan.

Kita yakin, sekiranya pengenalan audit dantindakan keras terhadap pesalah bahasa ini dilaksanakan, masyarakat di negarakita tidak akan lagi terdedah dengan kualiti penggunaan bahasa yang bersifatcacar merba di dalam saluran radio dan televisyen atau penggunaan istilahbahasa asing pada nama bangunan dan papan-papan iklan. Audit bahasa ini jugatentu akan menjadikan Parlimen sunyi dari sebarang bentuk penggunaan bahasayang bersifat kesat dan biadap oleh sesama warganya apabila mereka salingberhujah.

This entry was posted in Budaya, Isu Semasa, Kenegaraan, Politik, Tamadun. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s