SIKAP SENSITIF JAMIN KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar di Berita Harian, 7 April 2012

Sikap sensitif ialah salah satu dari etika penting bagi menjamin kerukunan dan keharmonian hidup beragama. Kita berasa sedih dengan beberapa kes yang terjadi di negara kita sejak akhir-akhir iniapabila terdapat sebahagian dari penganut agama tidak menunjukkan sikap dan rasa sensitif terhadap perasaan penganut agama lain apabila mengeluarkan penyataan umum atau menganjurkan kegiatan-kegiatan tertentu. bersifat keagamaan atau kependidikan.

Pernah beberapa waktu sebelum ini, perasaan penganut agama Islam terganggu apabila satu kumpulan agama lain memberi komentar terbuka ketidakpuasan hati mereka terhadap penganjuran ibadah korban pada musim perayaan Aidiladha.Komentar itu ialah antara contoh dan gambaran tahap kerendahan sensitiviti agama oleh sesetengah pihak terhadap amalan keagamaan penganut agama yang lainyang wujud dalam negara kita.

Sikap tidak sensitif yang sama juga wujud dikalangan penganut agama Islam sendiri. Ini boleh diperhatikan dalam kes penganjuranseminar pendidikan keagamaan oleh sebuah agensi kerajaan baru-baru ini. Dari segi kandungan, seminar tersebut penting kerana ia cuba untuk menjelaskan cabaran-cabaran pemikiran dan kepercayaan yang sedang dialami oleh penganut agama Islam dalam usaha mereka menjaga keutuhan kepercayaan atau aqidah mereka.Namun, dari segi pemilihan tajuk seminar, ia menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap penganut agama lain apabila menyatakan secara terbuka dalam bentuk tulisandan hebahannya nama agama tertentu sebagai ancaman kepada kepercayaan agama Islam. Seminar ini mengundang perdebatan yang luas sehingga membawa kepada campur tangan jawatankuasa keharmonian agama di bawah kabinet yang memohon pengubahsuaian tajuk seminar.

Begitulah beberapa contoh semasa bagi menggambarkan tahap keredahan sensitiviti keagamaan dalam masyarakat kita. Dalam hubungan ini, kita ingin mengambil perhatian kepada semua penganut agama di negara ini untuk menjaga sensitiviti keagamaan dalam sebarang bentuk kegiatan yang bersifat pengucapan dan kependidikan. Malah, dari beberapa kes yang telah terjadi ini, ia memberi iktibar betapa keutamaan harus diberikan pada masa kini oleh semua pihak bagi memupu ketika perhubungan keagamaan yang kukuh antaranya dari segi menjaga sensitiviti antara sesama penganut agama.

Hal ini harus diberi perhatian yang tinggi kerana kita semua sedia ketahui kesan dan akibat sekiranya permusuhan agama berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kita tidak boleh menggadaikan kerukunan hidup masyarakat seluruhnya hanya disebabkan oleh perbuatan leka dan tidak sensitif sesetengah pihak terhadap agama orang lain. Sekiranya diteliti, banyak faktor yang membawa kepada timbulnya sikap kurang sensitiviti keagamaan ini. Antaranya ialah kerana‘kejahilan’ atau tiada pendedahan yang berterusan tentang amalan dan budaya beragama oleh penganut yang berlainan.

Kesannya, beberapa perkara yang dianggapmulia dan suci oleh pandangan penganut agama tidak dirasai demikian oleh penganut yang lain. Ini membawa kepada perbuatan sikap tidak menghormati dan menghargai amalan dan budaya keagamaan oleh penganut-penganut agama. Kes yang terjadi di Afghanistan baru-baru ini boleh dijadikan contoh bagaimana sikap jahil atau kurangnya pendedahan tentang kesucian al-Quran membawa kepada perbuatan membakar kitab itu oleh tentera Amerika Syarikat. Kesannya, berlaku protes besaran oleh masyarakat Muslim atas kekecewaan sikap tidak sensitif tersebut dan ini telah menambahkan lagi rasa kebencian terhadap AS secara berterusan di dunia Islam. Persoalan kurangnya pendedahan tentang amalan dan budaya keagamaan ini perlu diatasi dengan kadar segera.

Di negara kita,pengajian tentang agama-agama lain belum berkembang secara terbuka. Ia cuma terhad diperingkat pengajian tinggi menerusi subjek Tamadun Islam dan Asia. Sudah wajar untuk pemikiran khusus tentang persoalan ini dibincangkan tentang bagaimana kefahaman tentang amalan dan budaya beragama pelbagai masyarakat dinegara ini diperkenalkan di peringkat pendidikan menengah dan rendah. Ia bertujuan bagi memupuk sikap hormat menghormati terhadap amalan dan kebudayaan agama lain bermula seawal mungkin.

Pengenalan tentang pengajian berkenaan amalandan budaya agama yang pelbagai ini harus disertakan dengan perbincangan tentang etika perhubungan antara agama. Dalam kata lain, subjek dialog antara agama harus dibangunkan secara lebih sistematik. Masyarakat dan generasi muda harus didedahkan dari awal tentang realiti kemajmukan agama yang wujud dan bagaimanakah pendekatan dialog ialah terbaik bagi mendepani kepelbagaian ini. Dari perspektif dialog, agama difahami sebagai sumber kekuatan kepada kehidupan dan peradaban. Untuk itu, kekuatan yang positif yang dimiliki oleh setiap agama harus digembeleng secara objektif demi kerukunan dan keharmonian bersama.

Dalam kata lain, masyarakat harus dididik supaya melihat kemajmukan agama bukan sebagai satu bentuk ancaman sehingga membawa mereka berpandangan negatif atau melarikan diri dari kemajmukannya yang sudah tidak boleh dielakkan lagi dalam kehidupan pada hari ini. Ini tidak bermaksud pula kita menganjurkan konsep kesatuan kebenaran dalam beragama. Kefahaman yang ingin kita hebahkan ialah setiap agama memiliki sistem kepercayaan, amalan dan kebudayaan yang tersendiri dan semua penganut agama harus saling hormat menghormati keunikan dan kepelbagaian ini serta saling memanafaatkan kekuatan yang tidak menyalahi atau bertentangan dengan ajaran dan kepercayaan agama masing-masing.

This entry was posted in Dakwah, Dialog Peradaban, Isu Semasa, Kenegaraan, Tamadun. Bookmark the permalink.

2 Responses to SIKAP SENSITIF JAMIN KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA

  1. I do not even know how I ended up here, but I thought this post was
    great. I do not know who you are but definitely you’re going to a famous blogger if you are not already😉 Cheers!

  2. homepage says:

    Pretty! This has been an extremely wonderful article.
    Many thanks for supplying this info.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s