GERAKAN RAKYAT PERKASA PERSURATAN MELAYU

Oleh MuhamadRazak Idris

Disiar di Berita Harian, 24 Mac 2012

Baru-baru ini berlangsung Muzakarah Bahasa danPersuratan Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beberapa kumpulanmasyarakat terdiri dari warga media, aktivis sosial dan belia dari pertubuhan bukan kerajaan dan golongan ilmuwan dan ulama berpeluang bersua muka dalampertemuan mesra dengan pimpinan utamaDBP bagi membincangkan pelbagai persoalan demi mencari jalan terbaik ke arahpengukuhan dan pemerkasaan bahasa dan persuratan Melayu di negara ini. Muzakarah ini dipengerusikan oleh KetuaPengarah DBP, Dr Awang Sariyan.

Salah seorang pesertamenyifatkan penganjuran muzakarah sebagai ‘langkah kanan’ kepimpinan baru DBP dalam memulakan gerak kerjanya. Memang benar, pertemuan tersebut ialah langkah kanan kerana agenda bagi memperkasa dan memartabatkan bahasa danpersuratan Melayu di negara ini harus melibatkan penyertaan semua peringkatrakyat. Dalam kata lain, perjuangan besar ini bukan terletak pada seorang individu atau sebuah institusi, namun ia secara hakikatnya merupakan sebuah gerakan rakyat terbanyak.

Muzakarah yang berlangsung sekurang-kurangya telah membetulkan satu kekeliruan pandangan yangkian menonjol sejak akhir-akhir ini dalam konteks perjuangan bahasa di negaraini. Kita dapati terdapat pandangan yang agak meluas yang menanggapi iaitu kemajuan bahasa sesebuah negara terletak pada tahap kelemahan dan kekuatanperanan yang dimainkan oleh institusinya. Oleh kerana itu, amat sering terjadiiaitu apabila debat tentang kedudukan bahasa Melayu dan persuratannyadibincangkan, maka semua orang akan mula meneropong DBP. Tidak kurang juga yangsering menjadikan DBP sebagai ‘kambing hitam’ dan menunding jari pada kelemahanpentadbirannya sekiranya soal kelemahan bahasa timbul. Pandangan serongsebegini harus terlebih dahulu diubah sekiranya kita ini melihat kebangkitansemua peranan bahasa Melayu dan persuratannya dalam zaman kini.

Kemajuan sesebuah bahasa bukan segalanya terletak kepada institusinya sahaja. Kemajuan bahasa bergantung kepada sejauhmana obor dan semangat kecintaan perjuangannya bersinardalam jiwa setiap anak bangsa yang menggunakan bahasa tersebut. Institusi bahasa hanyalah alat bagi proses pemerkasaannya. Sandaran sebenar kekuatan bahasa ialah pada jiwa bangsanya. Sekiranya semangat bagi memartabat dan memperkasa kemajuan bahasa pudar dari dalam benak perjuangan anak bangsa atau rakyat sesebuah negara, maka kemajuan bahasa secara langsung menuju kemunduran. Oleh kerana itulah,ibarat sering menyebutkan, ‘bahasa ialah jiwa bangsa’ itu sendiri.

Bagi melihat kebangkitan dan keperkasaan bahasa Melayu dan persuratannya, semangat dan agenda harus dikembalikan semula kepada seluruh rakyat negara ini. DBP boleh berperanan sebagai wadah pemangkin bagi menghimpunkan obor dan semangat perjuangan bahasa ini yang kita yakin dimiliki oleh setiap rakyat di negara ini. Pencapaian perjuangan rakyat dalam memartabatkan kedudukan bahasa telah lama terbukti dalam sejarah. Ramai dari kalangan kita barangkali terlupa iaitu penubuhan institusi bahasa seperti DBP sebenarnya adalah berasaskan semangat kesedarandan perjuangan bahasa oleh rakyat terbanyak.

Dalam kata lain, institusi bahasa ini bukan terbangun dari kekosongan atau asing dari semangat kesedaran rakyat. Sebenarnya, ia adalah hasil dari cetusan dan semangat perjuangan rakyat yang digerakkan menerusi pelbagaisaluran dan gerakan kebahasaan. DBP sebagai sebuah institusi bahasa tercernadalam realiti adalah terbitan dari semangat kebangsaan dan kenegaraan rakyat yang diluahkan menerusi pelbagai wadah dan gerakan keilmuan serta kebudayaan yangberterusan. Semangat yang berkobar perjuangan bahasa dan persuratan Melayu ini dikongsi oleh semua lapisan masyarakat dari kalangan wartawan, sasterawan,bahasawan dan agamawan sejak awal 1950 an lagi.

Pelbagai pertemuan kebudayaandan kebahasaan telah dianjurkan oleh gerakan rakyat. Antara contoh gerakan bahasa yang berpengaruh ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang bermulapada 1952. Dalam kongres ke 3 pada tahun 1956, para pejuang bahasa ini telah mengusulkan penubuhan DBP sebagai salah satu dari tuntutan keperluan bagimemastikan cita-cita memartabatkan bahasa Melayu dapat dijayakan secara tersusundan berterusan.

Namun, apa yangingin ditekankan di sini ialah, rakyat tidak harus leka dan berasakan iaitu kejayaan penubuhan apa juga institusi bahasa seperti DBP bererti perjuangan bahasa telah mencapai kemuncaknya atau tanggungjawab mereka terhadap kemajuan bahasa telah terhenti. Pencapaian ini hanyalah salah satu saja darikemajuan-kemajuan yang dicapai dalam jalur perjuangan kebahasaan yang sebenarnya masih panjang dan mencabar. Agenda pembangunan korpus ilmu bahasa Melayu dan pengantarabangsaannya sebagai contoh masih dalam proses penjayaan dan menuntut semangat dan perjuangan yang panjang dan berterusan. Kita merasakan usaha bagi menanam semula semagat perjuangan bahasa dari kalangan rakyat harusmenjadi salah satu dari keutamaan penting kepimpinan baru DBP hari ini.

Untukitu, langkah-langkah kanan yang lain harus hendaklah digerakkan semula terutama sekali dalam usaha membina hubungan pintar dengan seluruh perkumpulanmasyarakat terbanyak untuk sama-sama terbabit dalam perjuangan besar ini.Barangkali satu gerakan kebahasaan yang bercorak kerakyatan berwajah baru harusdibina semula bagi mengundang dan menghimpunkan segenap lapisan warga untuk terbabitdalam perjuangan penting ini.

Semua pencinta dan pejuang bahasa harusbermuafakat kembali kerana cabaran yang dihadapi kini kian mencabar. Perjuanganini tidak sahaja datang dari sebelah luar, tetapi cabaran dalaman terutama untuk berdepan dengan sebahagian dari anak bangsa Melayu sendiri yang telah menukarkan kiblatbahasanya kepada bahasa asing demi memenuhi tuntutan kemajuan dalam era keterbukaan baru hari ini.

This entry was posted in Isu Semasa, Kenegaraan, Tamadun. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s