PROJEK DAERAH ASEAN

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar Berita Harian, 15 Mac 2012

Setiap kali pulang ke Tumpat, penulis sering merasai kelainan daerah ini. Ia bukan sekadar daerah kelahiran,namun ialah sebuah ‘daerah ASEAN’. Untuk itu, tulisan ini ingin mencetuskanidea kepentingan untuk negara kita menggerakkan penubuhan ‘Daerah ASEAN’sebagai salah satu dari program ke arah pembentukan Komuniti ASEAN menjelang2015.

Gagasan pembentukan Komuniti ASEAN telahdicetuskan oleh Indonesia pada tahun 2003. Pada cadangan awal, proses pembentukan komuniti ini akan direalisasikan sepenuhnya pada tahun 2020. Namun,melihat kepentingannya, pemimpin ASEAN bersetuju agar gagasan ini dipercepatkanpada 2015. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke 17 di Vietnam, ketua-ketua negaraAsean telah memperakukan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN.

Dalam pelan ini, tiga bidang utama dikenalpasti penting diberi tumpuan iaitu politik dan keselamatan,ekonomi dan sosio-budaya. Untuk itu, usaha menyeluruh digerakkan dalam bentuk rancangandan program meliputi aspek fizikal, institusi dan hubungan rakyat ke arahpembentukan Komuniti ASEAN 2015.

Terdapat banyak usaha dan gerakan telah dijalankan bagi merealisasikan gagasan ini. Salah satunya ialah Sidang Kemuncak ASEAN yang menghimpunkan para pemimpin Asean secara berterusan. Sidang ini ialah wadah persefahaman menerusi rundingan bagi menjaga kepentingan bersama ASEAN.Dasar-dasar penting dan perjanjian kerjasama sering dimeterai antara negara ASEAN dalam pelbagai aspek kemasyarakatan dan kenegaraan.

Jelas, persefahamanantara ketua-ketua negara Asean amat jitu sekali sejak akhir-akhir ini.Sekurang-kurangnya tidak terdapat sebarang ‘perang mulut’ terbuka antara pemimpin ASEAN sekiranya timbul perselisihan kerana mereka memilih ruang dialogdan perundangan yang diiktiraf bagi merungkai kekusutan. Penganjuran Sukan SEA adalah antara usaha yangamat berkesan ke arah pembentukan Komuniti ASEAN 2015. Acara ini berjayamenimbulkan rasa dan semangat kesamaan seluruh rakyat ASEAN sebagai sebuahkomuniti. Ia wajar diteruskan dengan lebih rancakmelibatkan kelab-kelab kecil di negara-negara Asean supaya penyertaan lebih meluas dan menyeluruh.

Salah satu lagi program yang wajar dirancangdan dijayakan pada masa depan yang amat berkaitan dengan gagasan ini ialahprojek penubuhan ‘Daerah ASEAN’. Projekini boleh dikategorikan sebagai program strategik peringkat mikro dalam aspekpembangungan ekonomi dan sosio-budaya rakyat Asean. Menerusi Daerah ASEAN, usahapembentukan Komuniti ASEAN 2015 digerakkan di peringkat akar umbi rakyat ASEAN.

Daerah ASEAN dalam konteks ini boleh difahami sebagai sebuah ruang komuniti yang diwujudkansebagai wadah pertemuan aktif rakyat ASEAN membabitkan segenap lapangankehidupan mereka. Dalam kata lain, proses penjelmaan idea persefahaman dan rasakekitaan rakyat ASEAN yang telah diperakukan di peingkat dasar dan pelan kerja, kini diterjemahkan dalam bentuk amali di dalam sebuah kehidupan yang sebenar didalam satu kawasan yang dikenali sebagai ‘Daerah ASEAN’. Menerusi daerah ini ,rakyat ASEAN digerakkan untuk saling berhubungan secara aktif dan terbuka berasaskan prinsip kerukunan hidup sebagai sebuah komuniti di dalam kehidupankejiranan, pekerjaan, pendidikan, kesukanan dan kebudayaan secara berterusandan penuh kesedaran.

Model sebuah Daerah ASEAN boleh dilihat dalam kehidupanmasyarakat di Tumpat. Daerah ini memiliki beberapa ciri yang unik. Dari segi lokasi, Tumpat terletak bersempadanan denganThailand. Ia dipisahkan oleh Sungai Golok yang juga merupakan antara laluan masuk utama masyarakat dari selatan Thailand ke Malaysia. Menarik lagi, Tumpat,dari segi populasi penduduknya berwajah ASEAN. Selain penduduk Melayu yang merupakan majoriti, Tumpat mempunyai ramai penduduk berketuruan Siam yangberagama Buddha. Beberapa Wat atau tempat ibadat Buddha boleh didapati dengan jelas di Tumpat. Penduduk berketurunan Cina juga ramai. Mereka hidup penuh harmoni.

Di Tumpat, terdapat kawasan bebas cukaiPengkalan Kubur. Ia adalah lokasi perniagaan yang mempertemukan rakyat Asean dari Thailand dan Malaysia. Kawasan perniagaan ini menjadi sumber rezeki tidak sahaja penduduk Tumpat, malah masyarakat di Selatan Thailand terutamanya. Tumpa tjuga memiliki kawasan rekreasi iaitu Pantai Seri Tujuh. Ia adalah tempat tumpuan pelancong.

Dengan segala keunikan dan potensi yangdimiliki, Tumpat adalah antara contoh sebuah daerah bercirikan ASEAN yang harus dimanafaatkan bagi pembangunan projek Daerah ASEAN. Menerusi rancanganpembangunan menyeluruh dan terancang kita akan diperlihat nanti secara praktik ideaKomuniti Asean 2015 yang dirangka di dalam sebuah kehidupan sebenar di sebuah Daerah ASEAN. Kita yakin terdapat banyak lagi daerah-daerah strategikdan unik yang boleh dipilih sebagi model Daerah ASEAN terutama di kawasan sempadanlain seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina.

Model-model Daerah ASEAN ini akan menjadi pemangkin kepada proses interaksi yang bermakna rakyat Asean setempat dalam pelbagai bidang kehidupan. Menerusi projek Daerah ASEAN, proses pembentukanKomuniti ASEAN 2015 akan menjadi lebih rancak dan meriah kerana penglibatan langsung segenap lapisan rakyat AASEAN.

This entry was posted in Dialog Peradaban, Isu Semasa, Kenegaraan, Politik, Tamadun. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s