Tarik balik lesen judi bola sepak!

(Berikut ialah laporan temubual saya dengan akhbar maya Malaysia Harmoni pada 13 Mei 2010, Khamis) 
 
KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sama sekali tidak bersetuju dengan kelulusan lesen pertaruhan bola sepak bersempena dengan Piala Dunia 2010 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin. Sehubungan dengan perkara tersebut, ABIM menggesa kerajaan menarik balik lesen yang telah diberikan kepada pemohonnya, Kumpulan Berjaya itu.

“ABIM amat tidak bersetuju dengan kelulusan ini berdasarkan beberapa sebab,” kata Presidennya, Muhamad Razak Idris.

“Pertama, kita tidak boleh membudayakan cara hidup berjudi ini dalam masyarakat Malaysia kerana amalan berjudi diketahui umum membawa banyak keburukan.

“Kedua, dari sudut agama, amalan berjudi ini memang jelas bertentangan, bukan sahaja dengan Islam, bahkan dengan semua agama.

“Ketiga, kita perlu mengelakkan kesan sosial akibat pembudayaan amalan perjudian ini kerana impak negatifnya menyebabkan kemusnahan moral individu, institusi keluarga dan masyarakat.

“Keempat, jangan cemari semangat kesukanan yang bertujuan menyatupadukan masyarakat dunia dengan kegiatan-kegiatan tidak bermoral seperti perjudian.

“Kelima, kerajaan perlu meningkatkan operasi membanteras aktiviti perjudian haram (tanpa lesen) dan bukannya menggunakan alasan wujudnya perjudian haram itu untuk meng’halal’kan perjudian.”

Pada peringkat ini, menurut Razak, ABIM akan menunggu reaksi daripada kerajaan. Dari situ, pertemuan akan dilakukan dengan pertubuhan-pertubuhan (NGO) Islam lain untuk membincangkan timdakan susulan yang lebh sesuai.

ABIM juga berharap pihak pentadbir agama di negara ini termasuk para mufti menunjukkan pendirian yang jelas dan memberikan nasihat yang sepatutnya kepada kerajaan.

“Dengan perkembangan terbaharu ini, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersidang dan membuat ketetapan secepat mungkin demi menjaga kemaslahatan rakyat dan negara,” kata Razak.

This entry was posted in Belia, Dakwah, Gerakan Islam, Isu Semasa, Kenegaraan, Tamadun. Bookmark the permalink.

One Response to Tarik balik lesen judi bola sepak!

  1. rabiatul adawiyah says:

    salam

    saya ada cadangan jika kita semua mengumpul tanda tangan untuk menentang balik idea perjudian ni. Jika mengikut kajian, kuasa bersuara ni gagal mendapat tempat. Saya perlukan platform utk bertanya jika idea ni kita laksanakan. kita kumpul 1 juta tandatangan, hitm putih , kerajaan pasti akan menurut. tapi jika bersuara , mungkin gagal.
    kita perlu NGO islam sebagai leader dan masjid dan universiti sebgai pusat opersi. Semua kader dalam gerakan Islam bertindak, insyaALLAH.

    Minta fback tntg pendapat ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s