MELAHIRKAN PEMIMPIN UMMAH MENERUSI PEMERKASAAN PENDIDIKAN BERSEPADU

Oleh Muhamad Razak Idris

(Berikut ialah Prakata Presiden ABIM bersempena Majlis Ihtifal Kebangsaan Akademik Seri/Semi Yayasan Takmir Pendidikan pada 17 Mac 2010 di Ipoh, Perak)

Assalamualaikum wrt.wbt.

Kesyukuran kita tinggikan kepada Allah Taala diatas kesempatan dan keupayaan yang dikurniakan untuk kita melangsungkan Majlis Ihtifal Kebangsaan (Akademik) Kali 10 SERI/SEMI Yayasan Takmir Pendidikan ABIM. Acara ini sungguh bermakna sekali terutamanya kepada para pelajar. Ihtifal ialah satu ruang bagi para pelajar menunjukan bakat dan kebolehan mereka di dalam pelbagai aspek. Di dalam masa yang sama juga, ia juga memberi kesempatan untuk mereka saling berinteraksi dengan rakan-rakan pelajar yang lain yang berada di dalam sistem pendidikan ABIM di seluruh negara.

Majlis ini adalah sebahagian dari tanggungjawab yang perlu dijayakan secara berterusan oleh pihak pentadbiran pendidikan kerana ia akan melengkapkan proses pendidikan yang bersifat sepadu yang merupakan inti sistem pendidikan ABIM. Di dalam kata lain, generasi yang ingin dilahirkan oleh sistem pendidikan ialah generasi yang terbangun secara menyeluruh meliputi keutuhan akal budi, kemajuan daya fikir, keseimbangan daya rasa dan kecergasan dan kesihatan diri.

Memastikan pembangunan keseluruhan secara seimbang seluruh potensi kemanusiaan ini di dalam diri setiap pelajar merupakan tanda aras terpenting terhadap penyempurnaan sistem pendidikan bersepadu yang dicita-citakan. Penyempurnaan cita-cita ini amat penting sekali dijayakan kerana ia akan melengkapkan harapan besar kita untuk melihat generasi pelajar yang dilahirkan nanti mampu menjadi pemimpin masyarakat dan Ummah di masa hadapan di dalam pelbagai bidang kehidupan.

Tugas ini memerlukan banyak usaha yang berterusan dan dokongan seluruh pihak termasuk ibubapa. Kita berharap majlis Ihtifal salah satu sumbangan kita di dalam usaha menjayakan cita-cita ini dan semogan ia mampu menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan pelajar secara keseluruhan.

“MEMBANGUN DAN MEMIMPIN TAMADUN KHAYRA UMMAH”

MUHAMAD RAZAK IDRIS

Presiden

This entry was posted in Dakwah, Gerakan Islam, Kenegaraan, Tamadun. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s