MENERUSKAN SEMANGAT KEMENANGAN AIDILFITRI

Oleh Muhamad Razak Idris

 

Umat Islam menyambut Aidlifitri pada tahun ini dalam suasana yang sungguh mencabar.  Antara salah satu cabaran terbesar umat Islam pada masa kini juga ialah imej agama Islam yang begitu buruk pada pandangan sebahagian masyakat dunia. Agama Islam yang menekankan kepada keamanan dan keharmonian telah ditanggap sebagai agama yang berunsur ganas. Peristiwa 11 September benar-benar telah mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap Islam dan para penganutnya.

 

Umat Islam pada masa kini pula sedang berada pada satu era yang dikenal sebagai Islamophobia. Ia adalah satu keadaan dimana sebahagian besar masyarakat dunia menjadi gerun dan gentar dengan apa juga imej yang bercorak keislaman.

 

Di beberapa negara Eropah, pemakaian tudung telah menjadi satu yang menakutkan. Malah baru-baru ini, Nabi Muhamad telah dipersenda-sendakan menerusi tulisan dan lakaran imej yang mengaibkan. Agama Islam sering dikaitkan dengan ekstremisme dan unsur-unsur keganasan. Sebahagian ahli sarjana Muslim tidak lagi boleh berulang alik ke negara-negara Eropah secara bebas bagi membicarakann persoalan agama kerana ditakuti menyebarkan pemikiran ganas.

 

Bagi meneruskan semangat kemenangan Aildilfitri, adalah menjadi kewajipan setiap Muslim menyumbang dengan kadar kemampuannya bagi membetulkan semula persepsi salah terhadap agama Islam yang telah disalahertikan. Sesungguhnya pada masa kini, inilah ibadah yang terbesar sekali bagi umat Islam.

 

Bagi tujuan tersebut, ada beberapa peranan yang boleh kita mainkan bagi memulihkan semula imej agama Islam.

 

Pertama, menerusi akhlak dan perlakuan seharian. Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menampilkan budi pekerti yang mulia terutama apabila kita berurusan dan bergaul dengan masyarakat bukan Islam. Ciri akhlak unggul yang dianjurkan oleh agama seperti disiplin masa, amanah dan jujur, kerajinan dan kesopanan hendaklah tercerna dalam perlakuaan seharian kita. Kita jangan lagi menjadi salah seorang yang menyumbang kepada keburukan imej agama menerusi perlakuan amalan dan sikap yang keji dan tidak beradab.

 

Kedua, menerusi komitmen kepada kecemerlangan dalam setiap bidang yang kita ceburi.  Dalam kata lain, kita hendaklah mencapai tahap profesionalisme yang tertinggi dalam urusan pekerjaan atau pengajian. Kita hendaklah membuktikan bahawa umat Islam mampu menguasai segala ilmu-ilmu terbaik yang berkembang dalam masyarakat. Kita harus membuktikan bahawa agama yang kita anuti tidak pernah menghalang kepada pencapaian penguasaan terutama di bidang sains dan teknologi. Dengan penguasaan dan kepakaran yang kita miliki, kita tidak sahaja secara langsung boleh menyumbang dengan lebih bermakna kepada kemakmuran sejagat, malah dapat memberi keyakinan semula kepada masyarakat dunia akan kekuatan dan kebenaran ajaran Islam.

 

Untuk itu, beberapa anjuran yang perlu dijayakan oleh umat Islam bagi menjayakan agenda pembangunan umat Islam secara lebih menyeluruh demi memartabatkan semula imej agama Islam di mata masyarakat dunia.

 

Pertama, meningkatkan pengentahuan kita  tentang agama Islam secara menyeluruh. Kita perlu memahami dengan mendalam konsep dan asas tentang prinsip utama ajaran Islam seperti prinsip keadilan dan kesaksamaan, prinsip kemuliaan insan dan kebebasan. Dalam masa yang sama, kita hendaklah memahami kandungan ajaran al-Quran dan Hadis serta sejarah perkembangan pemikiran dan dakwah Islam hari ini. Tanpa kefahaman yang menyeluruh, ia akan menyukarkan kita untuk menyumbang kepada agama secara lebih bermakna. Tetapi, jangan pula alpa dengan amalan ibadat wajib kita kepada Allah taala.

 

Sesungguhnya kedudukan orang-orang berilmu amat tinggi di sini Allah. Firman Allah dalam surah al Mujadalah, ayat 11, `Allah mengangkat dan meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi pengentahuan beberapa darjat’. 

 

Kedua, meningkatkan kemahiran dan penguasaan diri dalam segala bidang yang kita ceburi.  Perhatikan dan manfaatkan aspek-aspek yang baik dari kepelbagaian tamadun dan budaya yang wujud disekeliling kita dan elakkan dari terjebak dengan kebudayaan yang bertentangan fitrah agama.

 

Antara kemahiran yang mustahak ialah penguasaan bahasa Inggeris secara fasih kerana ia merupakan alat yang paling penting sekali pada masa kini. Namun, pada masa yang sama kita hendaklah memupuk kegemaran menguasai bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al-Quran. Tetapi jangan sesekali pula mengabaikan bahasa Melayu kerana ia adalah bahasa dakwah bagi mendidik masyarakat kita terbanyak. 

 

Akhirnya ialah, kita hendaklah mengukuhkan ikatan persahabatan dan persaudaraan sesama umat Islam. Jangan sesekali terdapat permusuhan sesama kita kerana ia adalah satu dosa yang paling besar sekali di sisi Allah. Kita semua harus bersatu padu sebagai masyarakat yang kuat kerana peranan yang perlu di mainkan oleh masyarakat kita dalam membangunkan semula umat Islam yang dalam keadaan begitu lemah hari ini amat mendesak sekali. Ini semua memerlukan semangat tolong menolong yang kuat sesama kita. Allah berfirman dalam surah al-Imran, ayat 103,

 

`Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (iaitu agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai’.

This entry was posted in Dakwah, Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s