Oleh Muhamad Razak Idris
Disiarkan Berita Harian, 13 April 2012
Institusi pengajian tinggi di negara kini sedang bersaing antara satu sama lain bagi mencapai status universiti penyelidikan. Beberapa universiti telah terpilih menjadi universiti penyelidikan sejak beberapa tahun yang lalu antaranya ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pemilihan institusi pengajian tinggi ini adalah berasaskan beberapa aspek kecemerlangan terutama dari segi penyelidikan dan pengajaran yang telah dicapai di pentas nasional dan antarabangsa sepanjang penubuhannya.
Pengenalan konsep universiti penyelidikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diasaskan kepada beberapa latar belakang yang berkembang di peringkat nasional dan global. Salah satu latar belakangnya ialah keadaan dunia semasa yang kini dibentuk oleh arus persaingan yang rancak dalam segenap aspek kehidupan. Dalam hubungan ini, institusi pengajian tinggi tidakdapat lari dan harus berdepan dengan arus persaingan dunia sekiranya ia ingin terus relevan di masa mendatang.

Komen terbaru