PENDEKATAN TASAWUF WAHANA PERKASA JATIDIRI

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar di Berita Harian, 14 Jun 2012

Perbahasan tentang jatidiri luas dan pemikiran kearah pemerkasaannya juga pelbagai. Dalam syarahan perdananya di UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini bertajuk Pendekatan Tasawuf danTarekat, Wadah Pemerkasaan Jatidiri Ummah, Profesor Zakaria Stapa yakin penghayatan ilmu tasawuf di kalangan masyarakat mampu membina benteng yang kukuh dalam bagi pemerkasaan jatidirinya berdepan dengan pelbagai cabaran era keterbukaan hari ini.

Usaha mengukuhkan penghayatan ilmu tasawuf bagi pemerkasaan jatidiri masyarakat pada pandangan Profesor Zakaria menuntut pembangunan beberapa langkah asas.  Pertama ialah keperluan kepada usaha membetulkan salah faham atau persepsi negatif masyarakat terhadap ilmu tasawuf itu sendiri. Ini kerana, dalam banyak penemuan kajian,ilmu tasawuf sering dipandang serong oleh sebahagian besar masyarakat, malah dalam keadaan tertentu dikaitkan dengan ajaran ilmu sesat. Ia juga kadang-kadang dilihat sebagai satu ilmu dan amalan ketinggalan zaman sertamendorong kemunduran. Kesannya, masyarakat menjauhkan diri dari mendekati ilmuini apatah lagi untuk mengamalkannya. Langkah kedua ialah tuntutan untuk membangunkan ilmu ini secara sistematik dan membuka ruang pembaharuan dalam tafsiran berkenaan kandungan, amalan dan pendekatannya secara segar dan dinamik agar sejajar dengan keperluan masyarakat semasa. Inilah antara dua langkah asasyang akan memastikan ilmu tasawuf dapat berkembang di arus perdana masyarakat hari ini.

Hakikatnya, ilmu tasawuf lahir sumber keagamaan Islam. Pandangan yang menganggap ilmu ini tidak lahir dari ‘rahim’ keagamaan Islam adalah tidak tepat. Dalam pengajian iImu-ilmu Islam, ilmu tasawuf dibahaskan secara berangkai dengan ilmu Tauhid dan ilmu Fekah. Ia merupakan salah satu ilmu pelengkap kepada kesempurnaan hidup beragama.

Asas ilmu tasawuf ialah dasar akhlak yang merupakan sebahagian dari inti penting ajaran Islam. Penegasan Rasulullah SAW tentang misi pengutusan baginda ke muka bumi bagi menyempurnakan akhlak manusiamenjadi sandaran kepada pembangunan ilmu khusus bagi memelihara dan memperkasa dasar akhlak Islamiyyah dalam kehidupan hari ini.  Ini sejajar pula dengan firman Allah S.W.T yang menyatakan pengutusan Nabi Muhammad merupakan rahmat kepada seluruh alam dan kehidupan. Tentu rahmat keagamaanIslam yang dibawa Nabi Muhammad akan  terserlah dalam realiti kehidupan yang kompleks dan mencabar ini setelah nilai-nilai luhur ajaran keagaaman itu tercerna dalam amalan dan perlakuan insan atau akhlak mereka.

Dalam kerangka pemikiran inilah, ilmu tasawufharus difahami oleh masyarakat. Ia merupakan saluran atau wahana yang akanmemelihara dan mengukuhkan nilai-nilai dan ajaran akhlak Islamiyyah yang murni dan luhur dalam segenap bidang kehidupan. Dalam kata lain, ilmu tasawuf ialah sumber kepada pengekalan jatidiri keagamaan  dan menjadi bentengkepada sebarang cabaran dalaman dan luaran yang berusaha melunturkannya dalam kehidupan ini.

Kepentingan ilmu tasawuf dalam memelihara jatidiri agama  mendorong Imam al-Ghazali menyeru setiap Muslim memahami dan menghayatinya sebagai tanggungjawab dan kewajipan asas atau fardu ain. Seorang sarjana Islam Abu Muhammad al-Jariri (311H) memberikan pengertian tasawuf sebagai ‘melaksanakan sepenuhnya setiap bentuk akhlak yang mulia dan meninggalkan sepenuhnya setiap akhlak yang hina’. Dalam hubungan ini, Profesor Zakaria menjelaskan ilmu tasawuf ialah satu disiplin khusus yang dibangunkan oleh para ilmuwan Islam bagi membantu ummah memelihara dan mengawal perlakuan diri dari terdedah kepada perlakuan yang boleh merosakkan jatidirikeagamaan mereka. Ia adalah satu program untuk menyahkan sifat keji (al-madhmumah) dan digantikan dengan sifat terpuji(al-mahmudah) dalam diri dan kelakuan manusia.

Ilmu tasawuf lebih mudah difahami sekiranya dilihat menerusi konsep al-Ihsan. Ini kerana konsep ini amatbiasa dibicarakan dalam wacana keagamaan semasa dan ia adalah antara rangkaiansendi agama yang berada secara sebati dengan konsep al-Islam dan al-Iman.Konsep al-Ihsan ialah gambaran suatu realiti kesedaran kerohanian insan pada tingkat tertinggi. Ia adalah sebuah perasaan keyakinan yang penuh akan kehadiran serta kebersamaan Allah yang sentiasa menonton setiap apa yang sedangdilakukan dalam setiap detik waktu yang digunakan oleh seseorang manusia. Keadaan kerohanian ini menurut Profesor Zakaria adalah jelmaan sebuah keadaan jatidiriinsan yang utuh dan stabil kerana ia berada tingkat ‘ketakwaan dan kesempurnaanakhlak yang mulia’.

Sebagai ilmu yang berperanan sebagai wahana pengukuhan dasar akhlak Islamiyyah, para ilmuwan mengenalpasti pelbagai metodologi atau pendekatan ke arah penghayatannya. Istilah seperti al-suluk danal-mujahadah akan sering ditemui sekiranya kita mula memahami dan mendalamiilmu tasawuf. Pendekatan ini menurut Profesor Zakaria boleh diamalkan oleh segenap masyarakat terbanyak.  Ia bersifat umum kerana fungsinya ialah sebagai saluran bagi pendidikan jiwa manusia atau tazkiyat al-nafs menerusi peningkatan kegiatan dan amalan menuju kehidupan kerohanian yang berterusan dan menyegarkan.

This entry was posted in Bimbingan Asas Islam, Dakwah, Kenegaraan, Pemikiran Islam, Tamadun. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s