DIALOG ISLAM-BARAT

Oleh : Muhamad Razak Idris

Seruan supaya Islam mengambil jalan `berdialog’ dengan Barat nyaring dikumandangkan semenjak pertengahan dekad 90 an di pentas akademik dan politik tempatan dan antarabangsa. Salah seorang jurupidato yang berpengaruh dan konsisten membicarakan tema ini dalam ucapan-ucapannya ialah Muhamad Khatami, Presiden Iran. Dalam satu pidatonya, beliau menyebut ;

` The most significant efforts of the 20th century is to believe in the importance of dialogue, not power, to strengthen the coordination and cooperation in the field of culture, economics and politics. All these are the basics and foremost steps towards a universal justice, freedom and human rights…. . The condition for prosperity of the world’s nations is a dialogue among civilizations of different ideas and views. The future of humanity of the next generation in the twenty-first century should be determined by a strong dialogue culture and co-existence among the civilizations, and not clashes and conflicts’.[1]

Keyakinan beliau yang tinggi terhadap jalan berdialog sebagai kaedah penyelesaian terhadap permasalahan umat manusia dan bagi membina satu masa depan yang cerah dan sejahtera untuk mereka diasaskan pada kesedarannya bahawa realiti cabaran yang sedang dihadapi oleh umat manusia hari ini, iaitu fenomena peradaban barat, terungkap dalam rupa yang rencam, pelbagai dan kompleks. Dalam pidatonya yang membahaskan realiti peradaban barat, beliau menyatakan ;

`Western civilization is not limited to its political aspects. Alongside Western politics, there is a system of values and thinking, which we must also come to understand and learn to deal with. Here we are confronted with our philosophical and moral opponent, not just with political rival. To understand the West, the best tool is rationality, not heated, flag-waving emotionalism’.[2]

Beliau menambah lagi ;

`In rejecting the West, we wish to free ourselves from its political, mental, cultural and economics domination, for as Muslim, we differ from them fundamentally in worldview and values. Thus, to understand our points of contention, we have no choice but appraise and understand the West precisely and objectively. If we must adopt the positive features of the Western civilization, simultaneously casting aside its deficiencies, we have no choice but to understand the West correctly and comprehensively in the first place. We must judge it fairly and objectively and learn from and use its strengths, staying clear of its defects by relying on our Islamic values’. [3]

Semangat keterbukaan dan kerasionalan Muhamad Khatami dalam melihat peradaban Barat sebagai satu fenomena sejarah yang harus didekati dikongsi sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim, apabila mengajak seluruh masyarakat Asia, dalam rangka mencipta Nahdah Asia, untuk memahami Barat menerusi jalan dialog, sebagaimana Barat juga harus bertindak demikian. Di dalam bukunya, The Asian Renaissance, beliau menganjurkan;

`The dialogue should be continued and motivated by a genuine search for true understanding. Each party must be prepared to come out of their mental cocoons and transcend the limitation of their thinking. Asia has still as much to discover about the West, in as much as the West has to do more to understand and appreciate Asia’. [4]

Adalah jelas, tuntutan berdialog dengan Barat, bagi umat Islam, tidak sekadar untuk memenuhi keperluan dan syarat kesarjanaan, malah lebih dari itu adalah kerana ancaman yang dikemukakan oleh peradaban ini terhadap peradaban umat Islam secara khusus dan kesejahteraan kemanusiaan secara umum. Gesaan agar umat Islam memahami Barat dan berdialog dengan peradabannya adalah untuk mempertahankan tradisi peradaban sendiri dan memelihara kesejateraan sejagat yang kini seumpama sedang dilanda tiupan beliung yang kuat kesan dari sistem dan nilai yang dikemukakan peradaban ini kepada umat manusia.

Bagi umat Islam, beberapa tindak tanduk Barat sejak akhir-akhir ini dilihat sebagai langkah bagi memulakan agenda penjajahan semula atau neo-colonialism, secara lebih menyeluruh terhadap masyarakat dunia dengan dunia Islam menjadi sasaran awalnya. Tindak tanduk ini dapat dikesan melalui beberapa kempen intelektual dan propaganda psikologi serta memorandum persepakatan bersama dunia barat bagi membendung dan membanteras `ancaman’ baru kepada peradaban Barat, setelah berakhirnya perang dingin. `Islam’ sebagai agama dan peradaban kini seolah sedang dirujuk sebagai `sumber’ terhadap ancaman tersebut, walaupun istilah `terrorism’ dan `fundamentalism’ digunakan bagi menggambarkannya.

Kempen intelektual yang cuba memaparkan `ancaman’ yang bakal didepani Barat tergambar dengan begitu jelas dalam teori `Pertembungan Peradaban’ yang dikemukakan oleh Samuel P. Huntington, di mana telah merujuk Islam sebagai sebahagian dari sumber yang akan mengancam peradaban Barat seterusnya. Beliau menulis ;

The greatest resistance to Western democratization efforts, however, came from Islam and Asia. This resistance was rooted in the movements of cultural assertiveness embodied in the Islamic resurgence and Asian affirmation….. Islam is the only civilization, which has put the survival of the West in doubt, and it has done that at least twice’.[5]

Terdapat satu lagi tulisan yang begitu popular yang boleh juga dilihat sebagai sebagai sebahagian dari kempen ini ialah teori `Evolusi Sejarah’ yang dikemukakan oleh Francis Fukuyama yang menyakini bahawa tahap peradaban yang dicapai oleh masyarakat barat hari ini, yang berteraskan amalan demokrasi liberal dan pasaran bebas adalah satu model pencapaian terakhir dalam evolusi sejarah kemanusiaan dan dengan itu harus dipertahankan dan dikembangkan demi kesejateraan umat sejagat. Untuk itu, peradaban barat harus berhadapan dengan pelbagai ancaman dari idealism ini dan salah satu dari ancaman tersebut adalah `Islam’. Beliau mencatatkan ;

` And Islam indeed defeated liberal democracy in many parts of the Islamic world, posing a grave threat to liberal practice even in countries where it has not achieved political power directly. The end of the Cold War in Europe was followed immediately by the challenge to the West from Iraq, in which Islam was arguably a factor’.[6]

Kempen intellektual ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada pemuka dan penggubal dasar negara-negara Barat. Ini tergambar dengan begitu jelas apabila negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat telah mengemukakan satu dasar hubungan luar berasaskan kepentingan bersama yang dipanggil `Inisiatif Mediteranean’. Ia didasarkan kepada inisiatif yang dibuat oleh Majlis Atlantic Utara (North Atlantic Council (NAC), satu institusi dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantic Utara (North Atlantic Treaty Organization (NATO) pada 8 Febuari 1995. Memorandum dasar ini menyebut bahawa: ` the real treat from the South (antaranya Negara Morocco, Algeria, Tunisia, Libya dan Sudan) arises from internal stability, which finds its expression in Islamic extremism’. Dalam laporannya, ia menyebut, `The Islamic fundamentalist movement may prove to be the final catalyst on the multiple risks currently building up on the Southern shore of the Mediteranean – population explosion, political instability, poverty and proliferation of massive destruction weapons’.[7]

Apa yang tambah mengerunkan lagi ialah, kempen ini tidak sahaja mempengaruhi pemuka dan pengubal dasar Negara sebagaimana tergambar dalam inisiatif oleh NATO tersebut, malah ia telah membentuk satu fenomena yang disebut `Islamophobia’, suatu perasaan gerun dan takut yang muncul dari benak emosi masyarakat Barat terhadap Islam dan penganutnya. Pihak yang banyak menyumbang kepada pewujudan fenomena ini ialah media-media Barat, akibat terpengaruh oleh kempen tersebut, telah memomokkan Islam sebagai suatu peradaban yang hodoh dan berbahaya kepada survival masyarakat Barat. Hal ini terserlah berdasarkan kajian Edward Said dalam bukunya ` Covering Islam: How the Media and the Experts Determine How We See Rest of The World’, di mana beliau menengaskan bahawa, media Barat amat bias dalam mempersembahkan Islam kepada masyarakat. Sumber berita yang diperoleh dari pakar strategi politik, pemikir budaya dan tenaga akademik mereka adalah bahan yang terpesong. Beliau menulis ; ` In many instance, Islam has licened not only patent inaccuracy but also expression of unrestrained, ethnocentrism, cultural and even racial hatred, deep yet paradoxically free-floating hostility’.[8]

Dalam media Barat, Islam tergambar antaranya sebagai agama yang khusus untuk orang Timur Tengah, orang Muslim ialah terdiri dari orang-orang Arab, Islam adalah agama primitive, tidak bertamadun, fanatic, menyekat hak wanita, mendorong polygami, menindas kaum minoriti, agama yang tidak sesuai dengan kehidupan moden, anti hak asasi manusia, anti Barat, mengemari jalan keganasan dan peperangan dan menolak faham pluralisme.

Momokan ini kini menjadi semakin menjadi-jadi setelah berlakunya Tragedi 11 September 2001 dan kini imej Islam seperti hijab bagi wanita dan janggut dan ketayap bagi lelaki dilihat sebagai imej `pengganas’ sehinggakan telah dikeluarkan satu undang-undang bagi menghalang masyarakat Islam berhijab di Perancis baru-baru ini.

Satu lagi realiti yang perlu disedari bahawa dalam rangka bagi memenuhi kepercayaannya bahawa peradaban Barat adalah model masyarakat unggul umat manusia, ia mengizinkan usaha dan langkah `pemaksaan’ terhadap negara lain yang diiktiraf kedaulatan mereka oleh masyarakat dunia dengan menggunakan saluran tekanan dalam bentuk sekatan ekonomi dan politik atau sehingga ke tahap menggunakan kekerasan menerusi peperangan sekiranya Negara tersebut dianggap atau disyak boleh mengancam kedudukan peradaban Barat. Sikap dan pendirian ini adalah antara ciri utama projek ` Tatacara Baru Dunia’ ( The New World Order) yang di telah diistiharkan oleh Presiden Bush (The Father) pada tahun 1991. Beliau menegaskan dalam pidatonya, ` We are the only nation on this earth that could assemble the force of peace. This is the burden of leadership’. [9]

Atas inspirasi dan kesedaran bahawa Amerika Syarikat adalah negara terangung dan beban kepimpinan yang ditanggungnya, rentak baru dalam sistem perhubungan antarabangsa dirangka dengan rupa `unipolar’ – kuasa tunggal yang akan memimpin dunia ini dan segala unsur dan elemen kuasa yang lain di dunia ini harus tunduk dan bersama-sama dengan Amerika Syarikat bagi membela nasib umat manusia.

Akibatnya ialah kemusnahan idea ` the principle of collective security’ yang diasaskan oleh pemuka dan penaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pendekatan dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan umat manusia. Prinsip `keselamatan secara kolektif’ tergadai dan hangus dalam kejadian terbaru serangan Amerikan Syarikat dan Britain terhadap negara Iraq yang berdaulat di mana peperangan tersebut dilakukan tanpa memperoleh keizinan dari PBB.

Ancaman neo-colonialism kini semakin dekat dengan umat Islam. Malah, kemanusian sejagat juga berada di tengah persimpangan apabila teori `survival of the fittest’ oleh Darwin kini menjadi dasar dalam perhubungan politik antarabangsa. Umat manusia yang terkumpul dalam batasan negara-bangsa pada bila-bila masa akan terancam dan diancam apabila kedaulatan undang-undang boleh diperlekehkan sesuka hati dan apabila imaginasi keunggulan sesuatu bangsa dan peradaban merentasi prinsip kesamaan dan kemuliaan insan – karamah insaniah.

Apabila Islam mengajak Barat untuk berdialog, ia tidak bermakna bahawa peradaban Islam telah tunduk kepada keunggulan peradaban Barat. Anjuran ini dikemukakan memandangkan amalan berdialog adalah suatu yang terlalu sinonim dalam tradisi dan system kebudayaan Islam. Ia adalah pendekatan Ilahi yang diamalkan secara meluas oleh Allah apabila berhubungan dengan makhluknya. Ia tergambar dalam dialog antara Allah dan Malaikat apabila timbul protes di atas keputusan Allah menabalkan Nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi. (Quran, 2: 30-32). Ia terserlah dengan jelas sekiranya diteliti dialog-dialog Ilahi dengan Nabi Ibrahim (Quran,1:260), Nabi Musa (Quran, 7:143), Nabi Isa (Quran, 5:116), Nabi Daud (Quran, 38:22).

Malah gesaan berdialog bagi mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan atau konflik amat jelas dan diamalkan secara meluas oleh Nabi Muhamad s.a.w semasa berhadapan dengan cabaran masyarakat Arab di awal perkembangan dakwah. Allah s.w.t menganjurkan agar Nabi dan umat Islam berdialog dengan kata-kata yang lemah lembut dan baik (Quran: 20:24, Quran, 29:46). Syiar al-Quran yang paling jelas dalam seruannya agar umat Islam mengutamakan dialog ialah dalam surah 3, ayat 64, di mana Allah berfirman:

`Katakan, `Wahai ahli Kitab, marilah kita bersatu pada satu persepakatan bersama antara kita, iaitu kita tidak menyembah selain Allah dan kita tidak akan mempersekutukan Tuhan dengan sesuatu yang lain dan tidak mengambil selain dari Allah sebagai Tuhan. Andainya mereka menolak, katakan bahawa kami adalah dari kalangan Muslimin’.




[1] Muhamad Khatami, Hiwar al-Hadarat, trans. Sarmad al-Ta’i, (Damsyik: Dar al-Fikr, 2002), p.28

[2] Muhamad Khatami, Islam, Liberty and Development, Institute of Global Culture Studies, (New York: Binghamton University, 1998) p. 64-65

[3] Ibid, p. 68

[4] Anwar Ibrahim, The Asian Renaissance, (Singapore and Kuala Lumpur: Times Book International, 1996), p. 41

[5] Samuel P. Huntington, The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order, (New York: Simon and Schuster, 1996), pp. 177 and 184

[6] Francis Fukuyama, The End of History and the Last Man, (London: Hamish Hamilton, 1992), p. 45-46

[7] Hans Koechier, US-European Relations and their Impact on Europe’s Policy vis-à-vis the Mediterranean and Arab World, dalam Jurnal IKIM, vol.6, (July/December 1998), p.5-6

[8] Edward Said, Covering Islam: How the Media and the Experts Determine How We See Rest of the World, (London, Melbourne: Routledge & Kegen Paul, 1981, p. x-xi

[9] Cited, Jarrod Wiener, Leadership, The United Nations and the New World Order, in `The United Nations in the New World Order- The World Organization at Fifty, Dimitris Bourantonis, Jarrod Wiener, eds., (London: MacMillan Press Ltd, 1995), p.41

This entry was posted in Dialog Peradaban. Bookmark the permalink.

2 Responses to DIALOG ISLAM-BARAT

  1. It is necessary to note that applying for the patent requires intensive analysis so as to copy the merchandise
    or plan and establish whether the previous idea or product
    had been submitted before. But you cannot be sure about
    the capabilities of the lawyer, unless he has been referred to you by somebody trustworthy or who has
    proven credentials. Exclusivity is a statutory provision and is granted to an NDA
    applicant if statutory requirements are met.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s